BEIJING: Semasa pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, Presiden China, Encik Xi Jinping, di Beijing, Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo meminta sokongan dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui di Indonesia.
Dalam perbincangan pada Selasa itu, yang diadakan di tengah-tengah Forum Belt and Road (BRI) Ketiga kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung untuk Kerjasama Antarabangsa, Encik Jokowi turut mendedahkan hasrat pemerintahnya mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, dengan kapasiti penjanaan disasarkan 60 gigawatt, menjelang 2040.
Permintaan untuk pelaburan China sejajar dengan kertas putih terkini mengenai Inisiatif BRI, yang dikeluarkan oleh Beijing awal Oktober 2023 dan menyatakan bahawa China akan menggalakkan kerjasama dalam pembangunan hijau dengan memanfaatkan kepakarannya dalam tenaga boleh diperbaharui, perlindungan alam sekitar dan pembuatan mampan.
Encik Jokowi mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, di Dewan Besar Rakyat, Beijing.
Dalam pertemuan itu, Encik Jokowi mengajukan empat bidang utama kerjasama pelaburan dan masyarakat iaitu:
Pertama, menekankan usaha meningkatkan kerjasama pelaburan, khususnya dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan bateri automotif, kilang alat ganti, kilang penapisan petrokimia, pembuatan keluli, dan pembangunan kerjasama Pusat Halal.
Beliau turut mengajukan usaha menggalakkan kerjasama lanjut dalam pembangunan koridor ekonomi ‘Dua Negara, Taman Berkembar’.
“Saya berharap China boleh menjadi rakan strategik bagi pembangunan Ibu Kota Nusantara,” kata Encik Jokowi.
Kedua, beliau menyatakan penghargaannya atas pertumbuhan berterusan perdagangan dan kewangan dua hala yang seimbang.
“Melangkah ke hadapan, kami perlu segera mengemas kini protokol dan peningkatan kuota import untuk sarang burung layang-layang, serta memperluaskan senarai produk eksport termasuk perikanan, pertanian dan buah-buahan tropika,” tambahnya.
Mengenai kerjasama kewangan, Encik Jokowi akan memberikan sokongan bagi rancangan mewujudkan transaksi mata wang tempatan melalui kod QR rentas sempadan untuk memudahkan import-eksport dan pelaburan.
Ketiga, berkaitan keselamatan tenaga. Encik Jokowi mendedahkan Indonesia sedang giat mempercepatkan penambahan 60 gigawatt penjana tenaga baharu dan boleh diperbaharui (EBT) menjelang 2040.
Pada kesempatan itu, Encik Jokowi meminta sokongan China dalam melaksanakan usaha kerjasama Indonesia-China dalam sektor elektrik memandangkan kerjasama itu berpotensi meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.
Keempat, beliau menegaskan beberapa langkah meningkatkan pelancongan dari kedua-dua negara, termasuk memperbaiki kekerapan penerbangan langsung antara Indonesia dengan China serta memperluaskan peluang biasiswa dan latihan vokasional untuk pelajar Indonesia.
“Ia juga penting untuk meningkatkan kapasiti ketua kampung Indonesia untuk menggalakkan kerjasama kampung,” katanya.
Selain itu, kedua-dua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai situasi sejagat semasa termasuk situasi di Gaza. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg