Topic followed successfully
Go to BHkuIndonesia desak PBB nilai semula keselamatan pasukan pengaman di Lebanon
Indonesia desak PBB nilai semula keselamatan pasukan pengaman di Lebanon
Apr 27, 2026 | 2:46 PM
Indonesia desak PBB nilai semula keselamatan pasukan pengaman di Lebanon
Gambar edaran yang diambil dan dikeluarkan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) ini menunjukkan rakan-rakan mengusung keranda Koperal Tentera Nasional Indonesia (TNI) Rico Pramudia, 31 tahun, ketika diberi penghormatan dalam satu upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut, ibu negara Lebanon, pada 26 April 2026.
UNIFIL pada 24 April mengumumkan bahawa anggota pengaman Indonesia itu meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami dalam serangan ke atas pangkalannya di Adchit Al Qusayr pada 29 Mac. - Foto AFP
I
JAKARTA: Indonesia mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan penilaian menyeluruh terhadap mekanisme keselamatan pasukan pengaman di Lebanon susulan kematian seorang lagi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) akibat serangan tentera Israel.
Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL) pada 24 April mengumumkan kematian Koperal Rico Pramudia, 31 tahun, selepas menerima rawatan intensif di Hospital St George, Beirut, akibat kecederaan serius yang dialami dalam serangan berhampiran bandar Aadchit Al Qusayr pada 29 Mac.
Laporan berkaitan
TNI timbang kurangkan anggota pengaman ke Lebanon susulan serangan mautApr 6, 2026 | 11:55 AM
TNI timbang kurangkan anggota pengaman ke Lebanon susulan serangan mautApr 6, 2026 | 11:55 AM

