Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia: Dua kes isteri ‘madukan’ suami tarik perhatian di Sulawesi Barat

Apr 23, 2024 | 09:49 PM



MAMUJU: Dua wanita yang sudah bergelar isteri di Indonesia, berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.


Kedua-dua wanita tersebut, merupakan warga kota Mamuju, Sulbar, Sulawesi Barat, Indonesia.

Menukil laporan Tribun Sulbar, perbuatan wanita pertama yang dikenal pasti dengan sebagai R, 50 tahun, dari Binanga, terbongkar selepas suaminya, dikenal pasti hanya dengan gelaran S, 50 tahun, baru pulang merantau dari Kalimantan selepas beberapa tahun membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan isu tersebut.


Menurut laporan itu, ia menyatakan S telah merantau selama dua tahun dan memutuskan untuk pulang bagi menyambut lebaran, namun mendapati isterinya bersama seorang lelaki lain.

S mendapat tahu isterinya, R telah bernikah dengan lelaki tersebut sewaktu beliau merantau lantas mendorongnya membuat laporan kepada pihak polis kota.

Kes kedua pula melibatkan sepasang suami isteri di Karema, Mamuju dikenal pasti sebagai H dan S kedua-dua berusia 35 tahun.

Ia didedahkan selepas H membuat laporan kepada pihak Kepolisan Sektor (Polsek) Mamuju yang mana beliau mendakwa isterinya ‘memadukannya’.

Didapati S, 35 tahun, telah bernikah dengan seorang lelaki lain ketika beliau dan H berpisah ranjang namun masih berstatus suami dan isteri.

Difahamkan, tiada tuntutan cerai dikemukakan kedua-dua individu tersebut.

Seorang jurucakap Polsek, Iptu H Muhtar, menyifatkan isu itu sebagai unik dan jarang terjadi.

Biasanya banyak suami nikah tanpa izin isteri namun kes ini melibatkan isteri menikah tanpa izin suami, katanya.

“Saya minta warga Mamuju dapat memahami aturan hukum perkahwinan dan hukum agama, agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah tanpa izin suami begitupun sebaliknya,” kata Muhtar dalam laporan media tempatan itu.

Menurutnya, kes itu ditangani seorang pegawai Bhayangkara Pembina Keamanan dan Ketertiban Masyarakat atau Bhabinkamptibmas, iaitu seorang anggota pihak kepolisan di tingkat desa yang bertanggungjawab membantu masyarakat dalam hal ehwal tersebut.

Difahamkan rundingan telah dilakukan terhadap kedua-dua pasangan tersebut dan kedua-dua lelaki, H dan S, 50 tahun, dilaporkan reda dengan hakikat isteri mereka bernikah dengan lelaki lain. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >