Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jakim tidak iktiraf pakej nikah di Thailand

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jakim tidak iktiraf pakej nikah di Thailand

Mar 14, 2024 | 01:20 PM



KUALA LUMPUR: Awas apabila menggunakan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand yang kini banyak diiklankan di media sosial.


Ini setelah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak memberi sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan pakej itu.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata sebarang dakwaan yang mengaitkan Jakim dengan iklan sedemikian adalah palsu.

Beliau berkata demikian kepada agensi media tempatan pada 14 Mac.

Menurutnya, dakwaan itu bertentangan dengan peranan Jakim dalam memastikan masyarakat Islam mematuhi hukum dan undang-undang.

Beliau menjelaskan: “Kalau kahwin poligami dilakukan di Thailand ikut pakej, status perkahwinan itu mungkin diragui sama ada sah atau tidak.

“Betul, peraturan dalam undang-undang membenarkan pasangan yang nikah di Thailand, apabila mereka balik semula, mereka perlu daftarkan dalam negara (dengan pejabat agama).

“Tetapi harus diingat, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 12 (2) yang dibaca bersama Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri.”

Dr Na’im menegaskan jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Hasil pemeriksaan Berita Harian (BH) mendapati wujudnya beberapa laman yang menawarkan pakej nikah di Thailand dengan harga serendah RM1,300 ($370) bagi pakej satu hari.


Terdapat juga pakej dua hari yang menelan belanja serendah RM1,800.

Pakej sedemikian lazimnya termasuk pengangkutan dan makan tengah hari untuk dua orang, selain bayaran bagi Majlis Agama Islam Songkhla, imam jurunikah, dua saksi, sijil nikah dan dokumentasi.

Namun ia tidak termasuk bayaran bagi urusan pengesahan di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla – menurut laman rasmi konsulat tersebut, salah seorang darpada pasangan perlu hadir sendiri untuk mengisi borang permohonan perakuan pernikahan.


Setiap helaian dokumen dikenakan bayaran sekitar RM10 dan setelah disahkan, surat perakuan pernikahan itu boleh diguna pakai apabila pulang ke tanah air.

Malah ada syarikat perkhidmatan yang mendakwa memberi ‘jaminan’ bahawa pelanggan akan pulang dengan dokumen lengkap, antaranya:

  • Surat pengesahan dari Konsulat Jeneral Malaysia
  • Sijil nikah
  • Surat pengesahan majlis
  • Surat tauliah imam jurunikah
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri
  • Salinan pasport suami/isteri
  • Gambar nikah pasangan bersama tiga imam bertauliah
  • Resit rasmi bayaran di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia

Pemeriksaan susulan turut mendapati titik permulaan bagi pakej sedemikian biasanya adalah dari Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang terletak berhampiran dengan sempadan Thailand.

Dalam pada itu, menukil laporan media tempatan pada 25 Februari, sekitar 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >