Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia gesa orang awam waspada subvarian terkini Covid-19

Dec 09, 2023 | 02:43 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia telah menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada di tengah-tengah peningkatan kes subvarian Covid-19 baru-baru ini di negara itu dan di seluruh dunia.


Pada masa yang sama, pemerintah juga meyakinkan orang ramai mengenai ketersediaan vaksin. 

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Cik Siti Nadia Tarmizi memberitahu The Jakarta Post pada 5 Disember bahawa jumlah jangkitan virus korona baru telah meningkat “daripada sebelum ini hanya 10 hingga 20 kes setiap minggu kepada 267 kes minggu lalu”.


Data kementerian yang dikeluarkan pada 6 Disember menunjukkan peningkatan harian jangkitan Covid-19 sebanyak “35 hingga 40 kes” dan peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak “60 kepada 131 kes”. 

Data kementerian juga menunjukkan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 pada minggu lalu sebanyak “0 hingga tiga” kes.

Namun Cik Siti Nadia enggan memberikan jumlah kematian keseluruhan Covid-19 dalam tempoh yang sama. 

EG.5, yang secara tidak rasmi digelar ‘Eris’, dan EG.2 telah menjadi subvarian Omicron yang dominan di Indonesia, tambah Cik Siti Nadia, tetapi beliau tidak menyatakan berapa banyak kes disahkan yang telah dikaitkan dengan subvarian itu. 

Jangkitan EG.5 menunjukkan gejala seperti subvarian lain, termasuk demam, keletihan, hidung berair dan sakit tekak. 

Pada Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan subvarian Omicron sebagai EG.5 dan HK.3 dan HV.1 sebagai Varian Perlu Perhatian (VOIs). 

VOI adalah kurang serius daripada Varian Membimbangkan (VOC) mengikut sistem klasifikasi agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan secara amnya mencerminkan kelaziman relatif subvarian.

Ini berbanding dengan varian lain yang menjangkiti di sesuatu kawasan atau rantau dan potensi perubahan epidemiologi “untuk mencadangkan risiko yang baru muncul kepada kesihatan awam sejagat”. 

WHO berkata tiada bukti setakat ini bahawa EG.5 menyebabkan gejala lebih teruk, tetapi menyatakan bahawa penilaian risiko yang lebih menyeluruh diperlukan untuk subvarian berasal daripada EG. 5 seperti HK.3 dan HV.1. 

Cik Siti Nadia menasihatkan orang ramai yang tidak berasa sihat serta warga tua supaya memakai pelitup, dan sesiapa yang mempunyai gejala perlu berjumpa doktor atau pekerja kesihatan lain. 

Beliau juga menekankan bahawa negara itu mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dan menggalakkan semua orang agar melengkapkan vaksinasi dua dos mereka terhadap Covid-19, walaupun beliau tidak menyebut tentang keberkesanan vaksin terhadap subvarian baru. 

Kementerian itu turut menggesa orang ramai “supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang sedang mengalami lonjakan kes Covid,” kata Cik Siti Nadia. 

Sejak pertama kali dilaporkan kepada WHO pada Februari, EG.5 telah merebak ke lebih 90 negara termasuk China, Amerika Syarikat dan Singapura. 

Subvarian Omicron pada masa ini membentuk lebih sedikit daripada separuh varian Covid-19 yang menular di peringkat sejagat disebabkan ciri pertahanan diri yang kebal, atau keupayaan mengelak daripada sistem imun tubuh manusia.   

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menasihati kewaspadaan pada minggu lalu selepas ia menyaksikan jumlah jangkitan Covid-19 yang dianggarkan berganda kepada kira-kira 22,000 dari 19 November hingga 25 November, berbanding anggaran 10,700 kes pada minggu sebelumnya. 

MOH dalam satu kenyataan berkata bahawa peningkatan mendadak boleh “disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk musim perjalanan akhir tahun dan imuniti penduduk yang semakin berkurang”. 

Akhbar, The Star melaporkan pada 4 Disember, Malaysia mencatatkan peningkatan 57 peratus pada minggu akhir November, daripada kira-kira 2,300 kes pada minggu sebelumnya dengan majoriti kes mengalami hanya gejala ringan.


Walaupun ia tidak jelas jika EG.5 telah dikesan di negara jiran, ia mencatatkan dua kes BA.2.86, satu lagi subvarian Omicron baru yang diklasifikasikan sebagai VOI. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >