Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes Covid-19 bertambah, jumlah jangkitan tertinggi dicatat pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 bertambah, jumlah jangkitan tertinggi dicatat pada 2023

MOH: Varian yang merebak tidak didapati sebabkan penyakit yang lebih serius
Dec 08, 2023 | 06:26 PM



Jumlah jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital semakin meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada hospital di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


MOH juga telah meyakinkan orang ramai bahawa jumlah tersebut tidak setinggi semasa pandemik, dan varian yang merebak tidak diketahui menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Pada minggu berakhir 2 Disember, seramai 32,035 orang didiagnosis dengan Covid-19 – jumlah jangkitan tertinggi dicatatkan pada 2023. Paras tertinggi sebelum ini ialah 28,410 jangkitan dalam seminggu pada Mac 2023.

Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan rapi juga meningkat.

MOH berkata dalam satu kenyataan media pada 8 Disember bahawa purata kemasukan harian ke hospital disebabkan Covid-19 meningkat kepada 225 kes daripada 136 kes minggu sebelumnya, dan purata kes Unit Jagaan Rapi (ICU) meningkat kepada empat kes berbanding satu kes pada minggu sebelumnya.

“Ini telah menambah beban kerja kepada hospital kami, yang sudah pun sibuk,” kata kenyataan itu.

Sembilan orang yang sakit teruk akibat Covid-19 dimasukkan ke ICU hospital dari 26 November hingga 2 Disember, meningkat daripada empat orang pada minggu sebelumnya.

Tetapi memandangkan jumlah kemasukan ke hospital dan keperluan rawatan rapi biasanya lebih rendah daripada jumlah jangkitan, jumlah kemasukan ke hospital boleh meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Itulah yang berlaku pada Mac dan April, dengan kemasukan mingguan ke ICU mencecah paras tertinggi iaitu 16 kes kira-kira tiga minggu selepas jangkitan memuncak.

Gelombang itu mengakibatkan 54 kematian pada April dan 53 kematian pada Mei.

Dalam bulan lain, julat kematian antara lima dengan 28 setiap bulan. Kebanyakan kematian melibatkan orang berusia 60 tahun ke atas, namun terdapat seorang kanak-kanak yang meninggal dunia pada Oktober.

Menurut MOH, peningkatan kes “mungkin disebabkan beberapa faktor, termasuk penurunan imuniti warga dan peningkatan perjalanan dan interaksi masyarakat semasa perjalanan akhir tahun dan musim perayaan”.

MOH menggesa orang ramai supaya memantau tahap pengambilan terkini vaksin Covid-19 mereka, terutama warga emas dan mereka yang terdedah dari segi perubatan.

Mereka harus menjalankan tanggungjawab sosial dan duduk di rumah jika tidak sihat. Mereka juga harus memakai pelitup di tempat sesak dan tempat yang tidak mempunyai aliran udara yang baik.

Di samping itu, MOH meminta orang ramai “supaya mendapatkan rawatan perubatan di Jabatan Kecemasan hospital hanya untuk kecemasan serius atau mengancam nyawa”.

Ini demi “memelihara kapasiti hospital untuk pesakit yang benar-benar memerlukan penjagaan hospital akut dan membolehkan mereka yang sakit serius menerima rawatan tepat pada masanya”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >