Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia hangus $23b dek kebakaran hutan, lebih seganda kos pulihkan Aceh lepas tsunami

Dec 16, 2015 | 10:17 AM



JAKARTA: Ekonomi Indonesia kehilangan AS$16 bilion ($22.5 bilion) tahun ini akibat kebakaran hutan, lebih seganda jumlah yang dibelanjakan bagi membina semula Aceh selepas tsunami 2004, menurut Bank Dunia.


Kebakaran itu dan jerebu yang diakibatkannya berlaku setiap tahun disebabkan pembukaan tapak tanah menggunakan kaedah tebang dan bakar.


Bagaimanapun, kebakaran tahun ini paling teruk dalam beberapa tahun, menyebabkan mutu udara menjadi buruk dengan teruk dan dan ramai orang jatuh sakit di seluruh rantau ini, termasuk di Singapura.


Dalam kemas kini suku tahun ke atas ekonomi Indonesia, Bank Dunia berkata pada Selasa (15 Dis) kebakaran memusnahkan 2.6 juta hektar hutan dan tanah ladang di seluruh negara itu dari Jun hingga Oktober lalu.


Kos kepada ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dianggarkan 221 trilion rupiah ($22.5 bilion), iaitu 1.9 peratus daripada jumlah hasil dalam negeri kasar yang diramalkan bagi Indonesia tahun ini, katanya.


Sebaliknya, kos membina semula Aceh selepas ia dilanda tsunami 11 tahun lalu ialah AS$7 bilion, ujar Bank Dunia.


"Kesan kebakaran itu ke atas ekonomi sangat besar," kata Pengarah Negara Bank Dunia Indonesia, Encik Rodrigo Chaves.


Bank Dunia berkata jika setiap hektar tapak yang dibakar tahun ini ditukar menjadi ladang bagi minyak sawit, nilainya kira-kira AS$8 bilion.


"Oleh itu, pada satu pihak, orang ramai menanggung kos sebanyak AS$16 bilion, dan pada satu lagi pihak, segelintir individu mendapat AS$8 bilion - jumlah yang besar," kata pakar alam sekitar Bank Dunia, Cik Ann Jeannette Glauber.


Anggaran kos itu berdasarkan analisis jenis tanah yang dibakar dan mengambil kira kesan ke atas pertanian, perhutanan, perdagangan, pelancongan dan pengangkutan, dan juga kesan jangka pendek jerebu seperti penutupan sekolah dan ke atas kesihatan.


Lebih setengah juta orang mengalami jangkitan pernafasan akut di Indonesia, sementara banyak orang di Singapura dan Malaysia juga jatuh sakit. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >