Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia himpun ketua pertahanan serantau di tengah krisis sejagat

Nov 15, 2023 | 05:14 PM



JAKARTA: Menteri-menteri Pertahanan dari negara-negara Asia Tenggara akan bertemu di Indonesia minggu ini bersama pemain utama di kawasan Indo-Pasifik, dengan blok Asean bersiap mengukuhkan mesej terhadap peranan penting sedang kuasa besar bersaing untuk pengaruh di rantau ini.


Perhimpunan tahunan itu yang bermula pada Rabu diadakan di tengah-tengah konflik yang berkecamuk di Timur Tengah dan Ukraine serta ketegangan yang meningkat di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, di mana China dituduh melakukan pencerobohan terhadap Filipina, yang mendapat sokongan Amerika Syarikat dan berusaha menguatkan hubungan ketenteraannya dengan Jepun.

Ketua Asean, Indonesia belum mengesahkan senarai peserta, tetapi di antaranya adalah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, yang akan bertemu dengan rakan sejawatan dari Asean.

Rundingan akan diperluaskan pada Khamis merangkumi Russia, China, Jepun, Korea Selatan, India, New Zealand, dan Australia.

Asean, wilayah yang terdiri daripada sekitar 660 juta penduduk dengan gabungan produk Hasil Dalam Negara Kasar bernilai lebih AS$3.2 trilion, ($4.3 trilion) menjadi rebutan Washington dan Beijing selama bertahun-tahun.

Tetapi persaingan sengit antara kededuanya telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan anggota.

“Persaingan itu baik. Tetapi persaingan tidak seharusnya menjadi situasi yang mana keuntungan dimenangkan oleh satu pihak atas kekalahan pihak lain,” kata Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Encik Prabowo Subianto dalam forum dasar luar minggu ini, di mana beliau menekankan pentingnya untuk tidak berpihak.

Hubungan antara China dengan Amerika menjadi dingin selepas Presiden Amerika, Encik Joe Biden mengarahkan belon pengintip China ditembak jatuh, pada Februari.

Tidak jelas siapa yang akan mewakili China dalam pertemuan di Jakarta setelah pemecatan menteri pertahanannya pada Oktober, menimbulkan persoalan tentang kestabilan kepimpinan Presiden China, Encik Xi Jinping.

Encik Austin dijangka tiba ke Indonesia dari Korea Selatan, di mana beliau mengulangi kebimbangan tentang Russia dan China yang membantu Korea Utara mengelak sekatan dan hubungan ketenteraan yang lebih rapat dengan Pyongyang.

Washington menuduh Korea Utara menyediakan peralatan ketenteraan kepada Russia untuk digunakan dalam perangnya dengan Ukraine, dan Moscow memberikan sokongan teknikal ketenteraan untuk membantu Utara.

Encik Aaron Connelly, felo kanan di Institut Kajian Strategi Antarabangsa di Singapura, berkata konflik di Gaza dan Ukraine serta langkah China untuk menghalang misi bekalan semula Filipina di terumbu yang dipertikaikan kemungkinan besar akan menjadi topik perbincangan di pertemuan tersebut.

“Forum ini bukan forum yang mana perkembangan geopolitik utama benar-benar ditangani atau digerakkan ke hadapan dalam cara yang penting.

“Tetapi kami mengharapkan perbincangan Amerika dan Filipina mengenai topik seperti Terumbu Second Thomas Shoal, Israel-Hamas, Ukraine,” kata Encik Connelly. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >