Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia larang kegiatan kumpulan tegar FPI

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia telah melarang kumpulan tegar Front Pembela Islam (FPI) dan segala kegiatannya yang berkuat kuasa serta-merta, menurut Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD.



FPI dipimpin oleh pendakwah Rizieq Shihab yang ditangkap awal bulan ini.



"Pemerintah telah melarang kegiatan FPI dan akan menghentikan sebarang kegiatan yang dilakukan oleh FPI," kata Encik Mahfud.



"FPI tidak lagi memiliki kedudukan hukum," tambahnya.



Shihab pulang ke Indonesia pada 10 November selepas 'mengasingkan diri' selama tiga tahun di Arab Saudi.



Ketibaannya disambut ribuan orang yang rata-rata pengikutnya, yang berarak beramai-ramai sambil membawa sepanduk sebagai tanda penghormatan menyambut kepulangan pemimpin itu.



Terdapat juga acara besar-besaran yang berlaku di Jakarta, misalnya pada 14 November apabila ribuan penyokong pendakwah itu berkumpul di Tanah Abang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya sehingga melanggar sekatan dikenakan akibat pandemik yang melarang perhimpunan besar.



Polis Jakarta menahan pendakwah itu di markas polis hingga menyebabkan penyokongnya menunjuk perasaan di Jakarta.



Sekurang-kurangnya 5,000 pegawai polis dikerahkan semasa tunjuk perasaan itu.



Beliau 'membuang diri' ke Saudi pada awal Mei 2017 setelah pada akhir bulan itu, dinamakan sebagai suspek dalam kes pornografi - didakwa bertukar mesej pornografi dengan seorang wanita.



Pada masa itu, beliau juga disiasat polis berhubung kes menghina ideologi Pancasila dan gagal kembali walaupun berulang kali dipanggil untuk disoal siasat.



Tahun lalu, pihak berkuasa Indonesia telah menggugurkan dakwaan atas kesalahan jenayah termasuk pornografi atas alasan bukti yang tidak kukuh, namun pihak berkuasa Arab Saudi melarang beliau meninggalkan negara itu tanpa sebarang penjelasan.



Sebelum meninggalkan Indonesia untuk ke Saudi pada 2017, beliau diketahui memainkan peranan utama menuntut gabenor Jakarta ketika itu, Encik Basuki Tjahaja Purnama atau lebih mesra dengan panggilan 'Ahok', dimasukkan ke penjara.



Ini kerana mantan gabenor itu dianggap menghina Islam setelah menukil surah Al-Maidah ayat ke-51 dalam satu acara pada 2016 lalu.



FPI merupakan parti politik berteraskan Islam dengan ahlinya dianggarkan antara tujuh juta dengan 15 juta orang. - Reuters, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >