Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula fasa kedua vaksinasi di pasar tekstil Tanah Abang

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Fasa kedua program vaksinasi Indonesia bermula semalam di pasar tekstil terbesar Asia Tenggara di Tanah Abang, dengan 10,000 peniaga telah mendaftar untuk menerima suntikan pertama mereka.



Suasana di pasar di Jakarta Tengah itu riuh-rendah dengan sekitar 40 pemberi vaksin membuat persiapan untuk proses inokulasi itu.



Terdapat 55,000 pegerai berdaftar di pasar itu. Walaupun tidak semua mendaftar, Kementerian Kesihatan negara itu berkata lebih ramai orang kemungkinan akan mendaftar dalam beberapa hari akan datang untuk menerima vaksin mereka, lapor The Straits Times.



Presiden Joko Widodo berkata fasa kedua menyasarkan untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 38.5 juta orang, termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas, pegawai awam dan orang yang rutin hariannya melibatkan interaksi sosial yang intensif.



Fasa satu, yang dilancarkan pada 13 Januari lalu, menyaksikan kira-kira 1.5 juta pekerja perubatan di negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu menerima dua suntikan vaksin Covid-19.



Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin, yang mengunjungi pasar tekstil itu semalam, mengatakan kepada wartawan bahawa pemerintah tidak membatasi lokasi inokulasi hanya untuk kemudahan kesihatan.



"Kami melakukan vaksinasi di kemudahan kesihatan, tempat kerja, di tempat-tempat popular (seperti pasar) dan di stadium, dengan vaksinasi secara beramai-ramai dapat dilakukan," tambahnya.



Indonesia menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 181.5 juta orang, atau dua pertiga daripada lebih 270 juta penduduknya, bagi melawan koronavirus Covid-19.



Di bawah fasa kedua, proses memberi vaksin akan diadakan di pasar, pusat komersial di Jakarta, serta tempat di pulau Jawa dan Bali yang paling ramai penduduk, sebelum program itu diperluas ke wilayah lain.



"Penjual di pasar diutamakan kerana mereka berinteraksi dengan pelanggan setiap hari. Penjual jalanan juga disambut baik," kata Dr Maxi Rein Rondonuwu, ketua pengarah jabatan kawalan dan pencegahan penyakit di negara itu, kepada pihak media di pasar Tanah Abang.



Beliau berkata daripada 10 wilayah dengan kadar jangkitan tertinggi di negara ini, sebanyak tujuh wilayah itu terletak di Bali dan Jawa.




"Kami melakukan vaksinasi di kemudahan kesihatan, tempat kerja, di tempat-tempat popular (seperti pasar) dan di stadium, dengan vaksinasi secara beramai-ramai dapat dilakukan."
- Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.




"Penjual di pasar diutamakan kerana mereka berinteraksi dengan pelanggan setiap hari. Penjual jalanan juga disambut baik."
- Dr Maxi Rein Rondonuwu, ketua pengarah jabatan kawalan dan pencegahan penyakit di Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >