Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mungkin hadkan warga tunai haji hanya sekali

Aug 30, 2023 | 01:01 PM



JAKARTA: Menteri Hal Ehwal Agama Encik Yaqut Cholil Qoumas memberitahu pemberita pada Selasa bahawa pemerintah masih mengkaji semula rancangannya untuk membenarkan umat Islam Indonesia menunaikan haji hanya sekali dalam seumur hidup mereka.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Hal Ehwal Kebudayaan Encik Muhadjir Effendy yang mencetuskan idea mengehadkan ibadah haji berkali-kali kerana ramai umat Islam Indonesia terpaksa berhadapan dengan barisan panjang yang boleh menjangkau berpuluh tahun.

Dengan berbuat demikian, mereka yang kali pertama berhasrat mengerjakan haji mempunyai peluang untuk melakukan ibadah tersebut.

“Pada pendapat saya, menunaikan haji sekali seumur hidup sudah memadai,” kata Encik Muhadjir yang dipetik web berita Kompas baru-baru ini.

Walaupun ramai individu yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan ibadah haji berkali-kali, namun beliau menegaskan keutamaan harus diberikan kepada mereka yang telah menunggu selama bertahun-tahun dan masih belum menunaikan ibadat suci itu.

Encik Yaqut berkata bahawa pemerintah masih belum membuat keputusan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Encik Muhadjir itu.

“Umat Islam mesti menunaikan haji sekali dalam seumur hidup mereka selagi keadaan fizikal, kewangan dan emosi mengizinkan. Tetapi kita masih perlu menyemak semula idea itu sama ada ia adalah keputusan yang tepat atau tidak,” katanya ketika ditemui di forum Dialog Plurilateral Jakarta pada Selasa.

Menurut Encik Yaqut, pihaknya sedar terlalu ramai yang terpaksa menunggu lama untuk lakukan ibadah haji dan jika alasan mengehadkan ibadah haji berkali-kali kerana masalah menunggu lama, beliau berpandangan langkah tersebut adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Beliau mendapati, para jemaah yang menunggu giliran mereka sebelum ini telah menunaikan haji dan mereka bukan kali pertama melakukannya.

Beliau menegaskan: “Itulah sebabnya kita perlu menyemak perkara ini terlebih dahulu.”

Data Kementerian Hal Ehwal Agama menunjukkan seseorang itu boleh berada dalam senarai menunggu bermula dari 11 tahun hingga 48 tahun, bergantung kepada wilayah.

Purata masa menunggu bagi mereka yang tinggal di Jakarta dengan bilangan penduduk tertinggi ialah sekitar 28 tahun.

Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Pemerintah pada awal tahun ini melaporkan bahawa umat Islam membentuk 87 peratus daripada jumlah penduduk negara itu.

Encik Yaqut sebelum ini pernah menyatakan bahawa seramai 221,000 jemaah haji Indonesia telah mengerjakan haji pada tahun 2023 - sesuai dengan kuota haji yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >