Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muslim Indonesia rai ibadah korban sempena Aidiladha selepas wabak penyakit kaki, mulut berlalu

Jun 30, 2023 | 03:47 PM



JAKARTA: Umat Islam di seluruh Indonesia pada Khamis menyambut Hari Raya Aidiladha, salah satu cuti terbesar dalam kalendar Islam, dengan banyak jamuan berasaskan daging dihidangkan selepas kebimbangan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) tahun lalu berkurangan.


Aidiladha, yang juga dikenali sebagai “Hari Raya Korban”, bertepatan dengan upacara terakhir ibadah haji tahunan di Arab Saudi. Ia adalah majlis yang menggembirakan – jemaah membeli, menyembelih haiwan dan berkongsi dua pertiga daging bersama golongan miskin.

Banyak negara Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura menyambut Aidiladha pada Khamis, manakala umat Islam di bahagian lain dunia seperti Saudi, Mesir, Turkey, Afghanistan dan Nigeria, menyambutnya pada Rabu. Ia berbeza-beza mengikut penglihatan anak bulan di bahagian berlainan dunia.

Pada Khamis, Muslim di Indonesia mengerjakan solat berjemaah di jalan-jalan di ibu kota Jakarta dan masjid-masjid termasuk di Masjid Agung Istiqlal Jakarta, yang terbesar di Asia Tenggara.

“Alhamdulillah, kami dapat solat Aidiladha bersama keluarga dan menyambut perayaan tanpa rasa takut akan wabak dan pandemik,” kata seorang penduduk Jakarta sambil menyatakan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Cuti Aidiladha di Indonesia terkenal dengan jamuan berasaskan daging korban. Orang ramai memenuhi pekarangan masjid untuk menyertai dan memeriahkan penyembelihan haiwan yang penuh syahdu itu.

Pemerintah Indonesia telah memutuskan untuk melanjutkan cuti hari raya korban tahun ini dengan memberi tambahan dua hari cuti wajib sebelum dan selepas perayaan di negara paling ramai penduduk Islam di dunia.

Presiden Joko Widodo berkata keputusan itu menjurus ke arah memacu aktiviti ekonomi dan pelancongan di negaranya.

Indonesia, seperti negara lain di dunia, sedang bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi yang disebabkan wabak penyakit Covid-19, perang Ukraine serta harga minyak dan makanan yang melambung tinggi.

Tahun lalu, wabak penyakit FMD menjejas upacara penyembelihan haiwan tetapi pihak pemerintah telah berusaha mengatasinya.

FMD ialah penyakit virus akut dan menular dalam kalangan haiwan berkaki terbelah yang kadangkala berjangkit kepada manusia. Ia menjejas dengan ketara perdagangan kambing, lembu dan biri-biri di Indonesia.

Penyakit itu kembali ke Indonesia tahun lalu selepas bebas daripadanya selama 32 tahun.

Trend kes aktif didapati menurun dengan sifar kes baru dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan baki kes aktif sebanyak 4,682 setakat Isnin, daripada jumlah keseluruhan 630,706 kes sebahagian besarnya di pulau Jawa dan Sumatera, menurut data daripada Pasukan Petugas FMD Kebangsaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >