Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Puncak Asean ke-43 di Jakarta pula tumpu visi jangka panjang

Indonesia secara senyap jalankan usaha hurai krisis Myanmar: Menlu

Aug 30, 2023 | 02:40 PM



JAKARTA: Menteri Luar Cik Retno Marsudi mendakwa Indonesia telah meletakkan asas untuk menyelesaikan konflik Myanmar menerusi peranannya sebagai pengerusi Asean.


Cik Retno berkata, dalam tempoh sembilan bulan sebagai pengerusi Asean, Indonesia secara senyap menjalankan usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

Sekitar 145 pertemuan dengan semua pihak berkepentingan termasuk junta Myanmar, pemerintah perpaduan Nasional (NUG) dan kumpulan etnik, telah dijalankan oleh Indonesia, termasuk yang beliau sendiri hadiri.

“Konflik tidak mungkin diselesaikan dalam hampir setahun. Tetapi sekurang-kurangnya, [pada 2023], asas untuk menyelesaikan krisis telah diletakkan,” kata Cik Retno pada Selasa.

“Mudah-mudahan usaha Indonesia akan disambung semula oleh Laos (Pengerusi Asean tahun depan). Amat malang untuk menghentikan usaha ini kerana bukan mudah untuk mengadakan mesyuarat untuk pihak berkepentingan,” tambahnya.

Myanmar telah dilanda keganasan dan ketidakstabilan ekonomi sejak junta mengambil alih pemerintahan dalam rampasan kuasa pada 2021.

Tatmadaw, pasukan tentera di Myanmar, menggunakan kekerasan terhadap lawan mereka, yang sebahagian daripada mereka membentuk NUG di luar negara semasa pengasingan.

Yang lain bergabung tenaga dengan pemberontak di seluruh negara, bergabung dengan pemerintah perpaduan dan beberapa militia kumpulan etnik minoriti.

Blok Asia Tenggara telah melarang junta Myanmar daripada menghadiri sidang kemuncak sejak akhir 2021, sehinggalah blok itu melihat perkembangan ketara dalam menyelesaikan konflik.

Inisiatif Indonesia untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam krisis Myanmar dalam dialog adalah usaha penting pertama Asean untuk merungkaikan konflik tersebut.

Indonesia berusaha untuk mendesak pelaksanaan konsensus lima perkara, perjanjian antara junta Myanmar dan blok Asean yang ditandatangani dua tahun sebelumnya.

Cik Retno turut menyentuh Sidang Puncak Asean ke-43 yang bakal diadakan di Jakarta akan memberi lebih penekanan mengenai pembentukan visi jangka panjang rantau ini dan mengekalkan pencapaian.

Beliau berkata, rantau ini bergantung kepada visi jangka panjang Concord IV untuk membimbing kerja-kerja pada masa akan datang, dengan wawasan yang terkandung dalam tema yang diketengahkan Indonesia iaitu ‘Asean Matters: Epicentrum of Growth’ selaku Pengerusi Asean 2023.

“Rundingan masih diteruskan. Insya-Allah, semasa sidang kemuncak Asean Concord IV akan dihasilkan sebagai asas untuk visi jangka panjang bagi tahun 2045,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >