Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia tarik dua trilion rupiah pelaburan daripada 300 ‘Visa Emas’

Jul 26, 2024 | 11:52 AM
Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menyerahkan Visa Emas kepada warga Korea Selatan, Encik Shin Tae Yong, di The Ritz-Carlton Mega Kuningan, Jakarta Selatan pada 25 Julai semasa melancarkan program Visa Emas dalam usaha untuk menarik pelaburan dan bakat asing ke Indonesia.
Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menyerahkan Visa Emas kepada warga Korea Selatan, Encik Shin Tae Yong, di The Ritz-Carlton Mega Kuningan, Jakarta Selatan pada 25 Julai semasa melancarkan program Visa Emas dalam usaha untuk menarik pelaburan dan bakat asing ke Indonesia. - Foto IMIGRASI YOGYAKARTA

JAKARTA: Ketua Pengarah Imigresen di Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Encik Silmy Karim, mengumumkan Indonesia sudah mengeluarkan 300 Visa Emas kepada warga asing, menjana pelaburan dua trilion rupiah ($164 juta).

“Kami mengharapkan impak positif kepada ekonomi, yang kami jangka akan terus berkembang,” kata Encik Silmy pada pelancaran Visa Emas di The Ritz Carlton Mega Kuningan, Jakarta, pada 25 Julai.

Beliau mendedahkan bahawa Direktorat Imigresen menyasarkan 1,000 penerima Visa Emas pada 2024.

Penerima Visa Emas itu terdiri daripada pelbagai kumpulan, termasuk individu dan syarikat. Antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif ChatGPT, Encik Samuel Altman, dan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong.

Warga Korea Selatan itu menerima Visa Emasnya daripada Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo pada majlis pelancaran itu.

Encik Jokowi berkata Indonesia melancarkan skim visa jangka panjang untuk menarik pelabur asing dengan pelaburan hingga AS$10 juta ($13.4 juta), yang boleh mendapatkan visa selama 10 tahun, termasuk akses kepada negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Visa Emas lima tahun memerlukan pelabur individu menubuhkan sebuah syarikat bernilai AS$2.5 juta manakala visa 10 tahun memerlukan pelaburan AS$5 juta.

Pelabur korporat dikehendaki melabur AS$25 juta untuk mendapatkan visa lima tahun untuk pengarah dan pesuruhjayanya.

Encik Jokowi meminta disediakan kemudahan pelaburan dan peluang kerja untuk warga asing melalui program Visa Emas, sambil mengekalkan kriteria kelayakan ketat.

“Ini eksklusif untuk individu bermutu tinggi, jadi kita mesti sangat selektif dan fokus pada sumbangan mereka.

“Kami tidak boleh membenarkan mereka yang mengancam keselamatan negara atau gagal memberi manfaat kepada negara mendapatkan visa ini,” kata beliau dalam ucapannya, lapor Tempo.Co.

Encik Silmy menekankan peranan Golden Visa dalam menarik pelabur dan bakat asing.

“Tumpuan kami ialah mencari pelabur dan bakat sejagat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg