Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tawar ‘visa emas’ untuk tarik pelabur asing

Sep 03, 2023 | 03:09 PM



JAKARTA: Indonesia sedang memperkenalkan skim visa emas untuk menarik pelabur korporat dan individu asing dalam satu percubaan merangsang ekonomi nasionalnya, menurut satu kenyataan Kementerian Undang-Undang dan Hak Manusia pada Ahad.


“Visa emas adalah meluluskan permit kediaman buat tempoh berpanjangan lima hingga 10 tahun,” kata ketua pengarah imigresen, Encik Silmy Karim, dalam kenyataan tersebut.

Visa lima tahun itu memerlukan pelabur individu menubuhkan syarikat bernilai AS$2.5 juta ($3.38 juta), manakala bagi visa 10 tahun, satu pelaburan AS$5 juta diperlukan.

Negara lain di serata dunia, termasuk Amerika Syarikat, Ireland, New Zealand dan Sepanyol, telah memperkenalkan visa emas serupa buat pelabur, sebagai usaha menarik usahawan dan modal.

Sementara itu, pelabur korporat dikehendaki melabur AS$25 juta bagi mendapatkan visa lima tahun buat pengarah dan pesuruhjaya. Mereka perlu melabur jumlah seganda atau AS$50 juta untuk mendapatkan visa 10 tahun.

Peruntukan berbeza dikenakan bagi pelabur asing individu yang tidak mahu menubuhkan syarikat dalam negara Asia Tenggara itu. Syaratnya adalah dana antara AS$350,000 dengan AS$700,000 yang boleh digunakan untuk membeli bon pemerintah Indonesia.

“Sebaik sahaja mereka tiba di Indonesia, pemegang visa emas tidak perlu lagi memohon permit,” kata Encik Silmy. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >