Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia teguh tentang peraturan hutan EU bagi lindungi pekebun kecil

Aug 01, 2023 | 05:46 PM



Indonesia akan terus mengambil pendirian menentang undang-undang penebangan hutan Kesatuan Eropah (EU) yang dikatakan akan memberi kesan negatif kepada berjuta-juta pekebun kecil komoditi di seluruh kepulauan itu.

Menteri Perdagangan, Encik Zulkifli Hasan berkata kementeriannya akan mengambil langkah berterusan dan berpandu untuk melindungi kepentingan kira-kira lapan juta pekebun kecil, yang komoditinya termasuk minyak sawit, koko, getah, kopi dan kayu balak.

Menurut Encik Zulkifli, ia perlu diteliti secara mendalam ke atas kelestarian dan kesan penebangan hutan di bawah peraturan EU yang baru, apabila tempoh peralihan undang-undang baru itu berakhir pada Disember 2024.

“Kami menganggap dasar ini berpotensi diskriminasi. Ia hanya mewujudkan halangan perdagangan yang tidak perlu,” kata Encik Zulkifli ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam forum di pejabat kementeriannya pada Selasa.

Komoditi pekebun kecil akan tertakluk kepada keperluan kemampanan, kesahihan, kebolehkesanan dan ketelusan EU sementara mendapatkan pensijilan yang menunjukkan komoditi tersebut sebagai bebas penebangan hutan. Ini dijangka memerlukan kos yang tinggi untuk para pekebun kecil tersebut.

Majlis Eropah menyatakan dalam kenyataan akhbar pada Mei bahawa peraturan itu “bertujuan untuk meminimumkan risiko penebangan hutan dan kerosakan hutan yang berkaitan dengan produk yang diletakkan atau dieksport dari pasaran EU.”

Peraturan baharu itu juga bertujuan untuk memastikan bahawa penggunaan dan perdagangan EU bagi komoditi dan produk ini tidak menyumbang kepada penebangan hutan dan seterusnya merendahkan ekosistem hutan.

“Kos untuk menghasilkan semua dokumen akan lebih tinggi daripada, katakan harga kopi itu sendiri,” kata Encik Zulkifli.

Pengerusi Persatuan Pengeksport dan Industri Kopi Indonesia, Encik Moelyono Soesilo berkata pensijilan dan pengesahan bagi kopi akan membebankan pekebun kecil, kerana 98 peratus hasil kopi di Indonesia diusahakan oleh mereka sendiri.

“Akhirnya, halangan untuk kopi Indonesia memasuki EU akan memberi kesan kepada industri kopi mereka,” kata Encik Moelyono.

Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Indonesia (Gapki) dan anggota panel dalam forum itu, Encik Eddy Martono, mendakwa peraturan baru itu sebagai alat untuk EU melancarkan perang dagangan baharu terhadap minyak sawit kerana beliau berkata minyak sawit sebagai minyak sayuran unggul mengatasi prestasi minyak sayuran EU sendiri.

“Pokok kelapa sawit menyerap banyak karbon dan menghasilkan oksigen. Mereka hanya mahu melindungi pengeluar minyak sayuran mereka, terutamanya biji sesawi,” kata Encik Martono.

Pengerusi Persatuan Peladang Koko Indonesia, Encik Arif Zamroni berkata peraturan penebangan hutan EU menyasarkan kepada sasaran yang salah dengan menyenaraikan koko antara hasil di bawah penelitiannya yang mampan dan bebas penebangan hutan.

“Kami tidak menanam koko di dalam hutan. Walaupun ada, ia hanya kurang daripada satu peratus daripada hasil koko di Indonesia,” kata Encik Arif.

Selain itu, halangan itu akan memberi kesan kepada pengeluar coklat syarikat multinasional di Indonesia yang mengeluarkan konfeksi untuk eksport ke pasaran EU.

Indonesia dan jiran Asia Tenggaranya, Malaysia, dua pengeluar minyak sawit terkemuka dunia, telah bekerjasama untuk melobi EU dengan menghantar pegawai ekonomi tertinggi negara itu ke Brussels pada akhir Mei untuk bertemu penggubal dasar EU.

Sebagai tindak balas kepada penentangan Indonesia dan Malaysia terhadap peraturan barunya, EU pada Jun telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan petugas tiga hala untuk menangani isu tersebut, dan untuk meneliti situasi bagi komoditi yang berkaitan di Indonesia dan Malaysia dalam skop Pengenalan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) untuk pasaran EU.

EUDR adalah langkah kawal selia diperkenalkan Kesatuan Eropah (EU) untuk memerangi penebangan hutan dan menggalakkan kemampanan dalam rantaian bekalan. Peraturan itu bertujuan memastikan produk diimport ke pasaran Eropah dihasilkan dengan cara mampan.

EUDR memerlukan syarikat menjalankan usaha dengan kesan alam sekitar rantaian bekalan mereka dan menunjukkan pematuhan terhadap amalan mampan.

Indonesia sebagai pengerusi Asean tahun ini turut membangkitkan isu itu semasa mesyuarat menteri Asean-EU di Jakarta baru-baru ini apabila menteri luar Asean bertemu dengan ketua diplomat EU, Encik Josep Borrell.

Menteri Luar Indonesia, Ecik Retno Marsudi berkata dalam ucapan pembukaannya semasa pertemuan itu bahawa potensi ekonomi antara dua blok serantau “tidak boleh dihalang oleh dasar yang menjadi penghalang perdagangan seperti Peraturan Penebangan Hutan EU dan Peraturan Kayu EU.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >