Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia

Kawalan ketat punca kurangnya kegiatan penebangan hutan di Indonesia

Jun 27, 2023 | 01:12 PM



JAKARTA: Indonesia, yang menjadi “rumah” kepada satu pertiga daripada hutan hujan dunia, telah menyaksikan penurunan penebangan hutan tahunannya sebanyak 8.4 peratus, kata Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan pada Isnin.


Menurut kementerian itu, penurunan itu antara lain berpunca daripada kawalan kebakaran yang lebih baik dan keizinan yang lebih ketat untuk menebang dan membersihkan hutan.

Data terkini yang didedahkan menunjukkan Indonesia merekodkan penebangan hutan seluas 104,000 hektar dari Julai 2021 hingga Jun 2022 – turun daripada 113,500 hektar pada 2020.

“Salah satu langkah paling penting ialah mengehadkan pengeluaran permit baru di hutan dan kawasan tanah gambut,” kata Cik Belinda A. Margono, seorang pegawai kementerian itu kepada pemberita.

Dengan kawasan hutan hujan ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Congo, Indonesia berada di bawah pengawasan rapi oleh pecinta alam sekitar dan dikatakan membelakangkan ikrar global oleh lebih 130 negara untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030.

Menyifatkan gagasan itu sebagai tidak wajar dan tidak adil, beliau sebaliknya menyatakan Indonesia menyokong program penanaman semula.

Indonesia juga merupakan pengeluar utama minyak sawit global, yang dikaitkan dengan pembersihan hutan.

Lebih banyak kawasan hutan dijangka diambil kerana pemerintah giat berusaha untuk menarik pelaburan besar pada sektor nikel dan kenderaan elektriknya.

Indonesia terdedah kepada kebakaran hutan, yang pemerintah mendakwa sering dimulakan oleh petani untuk membersihkan tanah tetapi merebak secara tidak terkawal terutama pada musim kemarau.

Pertubuhan Greenpeace Indonesia mempersoalkan data pemerintah yang dikeluarkan pada Isnin. Ia juga mendapati metodologinya cacat kerana ia tidak termasuk hutan yang ditebang bagi tujuan perindustrian.

“Ini menjelaskan mengapa kadar penebangan hutan adalah rendah,” kata Encik Arie Rompas, aktivis hutan Greenpeace Indonesia, yang percaya kerugian yang dialami adalah jauh lebih tinggi.

Ditanya mengapa tanah perindustrian tidak dimasukkan, Cik Belinda berkata penanaman semula di kawasan tersebut bermakna tiada kehilangan hutan yang berlaku.

Menurut Nusantara Atlas, sebuah pertubuhan bebas yang menjejaki penebangan hutan dan kebakaran hutan, kepupusan hutan Indonesia adalah 208,250 hektar pada 2022 dan 174,640 pada 2021 – meningkat 16 peratus.

Data pemerintah menjejaki penebangan hutan dari Julai hingga Jun pada tahun berikutnya. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >