Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia tidak akan kurangkan minyak sawit dalam biodiesel

May 25, 2022 | 5:30 AM
BEKALAN MINYAK SAWIT: Melalui minyak sawit, Indonesia telah dapat mengurangkan pergantungannya kepada minyak mentah. - Foto EPA-EFE
BEKALAN MINYAK SAWIT: Melalui minyak sawit, Indonesia telah dapat mengurangkan pergantungannya kepada minyak mentah. - Foto EPA-EFE -

DAVOS (Switzerland): Indonesia tiada rancangan mahu mengurangkan kandungan minyak sawit dalam biodiesel di bawah paras sekarang iaitu 30 peratus, bagi memastikan bekalan tenaga di negara itu.

Demikian menurut Menteri Ehwal Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto, kepada Reuters.

"Dengan minyak sawit, kami mengurangkan pergantungan kepada minyak. Dan kalau sekarang kita bandingkan harga minyak sawit dan harga tenaga, kena beri (subsidi) lebih kepada tenaga.

"Oleh itu, isunya ialah keselamatan tenaga," kata Encik Hartarto dalam satu temu bual.

"(Peratusan) pengadunan tidak akan dikurangkan kerana keselamatan tenaga adalah keutamaan kami," tambahnya semasa ditemui di Forum Ekonomi Dunia di bandar peranginan Switzerland di Davos.

Encik Hartarto berkata Indonesia, yang merupakan sumber 60 peratus minyak sawit dunia, telah mengenakan paras 30 peratus dalam biofuel untuk mengurangkan pergantungannya kepada minyak mentah.

"Jika anda bergantung kepada minyak, hari ini anda berada dalam situasi bencana dengan harga minyak menghampiri AS$110 ($151) setong," kata Encik Hartarto, sambil menambah bahawa harga yang diperuntukkan Indonesia telah dinaikkan kepada AS$100 daripada AS$60.

Sebelum ini, Indonesia menghentikan eksport minyak sawit mentah dan beberapa produk derivatif pada April dalam usaha menurunkan harga minyak masak tempatan yang melambung tinggi.Larangan itu menjejas pasaran minyak makan global pada masa berlaku kekurangan bekalan akibat perang di Ukraine.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg