Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia timbang ikut langkah India, AS haramkan TikTok Shop

Sep 06, 2023 | 01:59 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia bersedia untuk mengikut jejak langkah India dan Amerika Syarikat untuk melarang wadah media sosial TikTok daripada terlibat dalam kegiatan e-dagang – TikTok Shop – di negara itu.


Ura-ura itu berdasarkan kebimbangan mengenai potensi monopoli perniagaan, kata seorang pegawai kanan pada Selasa.

TikTok mempunyai sistem pembayaran digital dan sokongan logistiknya sendiri, dan membenarkannya menjalankan operasi e-dagang boleh menjejas perniagaan tempatan, kata Menteri Koperasi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Encik Teten Masduki dalam satu kenyataan.

“India dan Amerika Syarikat telah melarang TikTok daripada mengendalikan media sosial dan perniagaan e-dagangnya secara serentak, manakala di Indonesia, TikTok kini bebas melakukan kedua-duanya,” kata Encik Teten.

Menteri itu memetik penyelidikan yang membentangkan bahawa TikTok telah menyepadukan ciri membeli-belah dalam talian yang memberi kesan kepada interaksi media sosial.

Walaupun TikTok masih dibenarkan untuk menjalankan wadah dagangan, ia tidak boleh digabungkan dengan aplikasi perkongsian video popularnya, yang mempunyai berpuluh juta pengguna di Indonesia.

Menurut Encik Teten, pangkalan pengguna yang luas dan sistem pengesyoran algoritma akan memberikan TikTok kelebihan yang tidak adil.

“Selain itu, mereka mempunyai sistem pembayaran dan sokongan logistik mereka sendiri. Ini sesuai dengan amalan perniagaan monopoli,” tegas beliau.

Atas alasan yang sama, Encik Teten menggesa wadah dagangan dalam talian di Indonesia supaya mengelak daripada menjual produk mereka sendiri atau syarikat gabungan untuk mengelakkan tingkah laku monopoli.

Baru-baru ini, New York telah mengharamkan TikTok pada peranti milik pemerintah atas alasan kebimbangan keselamatan – sama seperti langkah sekatan yang telah diambil oleh beberapa bandar dan wilayah lain di Amerika.

TikTok, aplikasi perkongsian video pendek yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat Amerika dan dimiliki oleh gergasi teknologi China, ByteDance, berdepan dengan meningkatnya desakan daripada penggubal undang-undang seluruh Amerika supaya mengharamkan media sosial itu atas kebimbangan mengenai kemungkinan pengaruh pemerintah China.

TikTok “menimbulkan ancaman keselamatan kepada rangkaian teknikal bandar ini”, kata Mayor New York, Encik Eric Adams, dalam satu kenyataan.

Memetik laporan media tempatan, pengharaman di India dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >