Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tubuh pasukan petugas galak guna mata wang tempatan

Bagi kurangkan pergantungan kepada dolar Amerika
Sep 06, 2023 | 02:10 PM



JAKARTA: Indonesia pada Selasa telah menubuhkan Pasukan Petugas Nasional untuk Urus Niaga Mata Wang Tempatan – satu daya usaha strategik yang bertujuan mengurangkan pergantungan negara itu kepada dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga antarabangsa sambil menggalak penggunaan mata wang tempatan.


Pasukan petugas itu mewakili usaha kerjasama melibatkan entiti utama seperti bank pusat, kementerian berkaitan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK) dan Perbadanan Insurans Deposit (LPS).

Gabenor Bank Indonesia, Encik Perry Warjiyo, berkata pasukan petugas itu akan meningkatkan penyelarasan dalam kalangan agensi pemerintah dalam proses penggubalan dasar dan memudahkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga dua hala antara Indonesia dengan negara-negara rakan kongsinya.

Memorandum persefahaman (MOU) merasmikan pasukan petugas itu ditandatangani di luar Sidang Puncak Asean di Jakarta dan disaksikan oleh Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

Awal 2023, semasa Sidang Puncak Asean di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, pemimpin serantau mencapai kata sepakat untuk menggunakan mata wang masing-masing dalam urus niaga serantau bagi meningkatkan penyepaduan ekonomi dalam blok itu.

Bulan lalu, Bank Indonesia (BI) menandatangani perjanjian dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) yang bertujuan menggalak penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga melibatkan negara-negara tersebut.

Ketiga-tiga bank pusat itu juga komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam penggunaan mata wang tempatan bagi urus niaga dua hala.

Skop rangka kerja itu telah diperluas bagi meliputi lebih banyak urus niaga rentas sempadan bersesuaian dan melangkaui perdagangan dan pelaburan langsung yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Rangka kerja baru itu akan turut memacu inisiatif pembayaran rentas sempadan bagi mendapatkan lebih banyak akses dan penyelesaian mata wang tempatan dengan lebih lancar, sekali gus meningkatkan kestabilan pasaran kewangan serantau serta memperkukuh kegiatan ekonomi rentas sempadan dan pasaran mata wang tempatan negara berkenaan.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan bahawa pengaturan tersebut akan memudahkan kegiatan ekonomi dan kewangan dalam kalangan ketiga-tiga negara dengan cekap.

Persekitaran yang membolehkan pengaturan itu dilaksanakan akan memberi manfaat kepada perniagaan dengan mengurangkan kos urus niaga dan meningkatkan kecekapan penyelesaian perdagangan dan pelaburan.

Di tengah-tengah keadaan pasaran kewangan sejagat yang tidak menentu, pengaturan tersebut akan menawarkan sektor perniagaan lebih banyak pilihan dalam memilih mata wang untuk penyelesaian perdagangan.

Rangka kerja pengaturan itu akan membuka jalan kepada penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas dalam Komuniti Ekonomi Asean dan memacu pembangunan selanjutnya dalam pertukaran asing dan pasaran wang serantau, bagi menyokong penyepaduan ekonomi dan kewangan yang lebih luas.

Penubuhan pasukan petugas ini dijangka memberi beberapa kesan positif, termasuk memperkukuh kestabilan nilai tukaran rupiah, menyumbang kepada pengembangan kegiatan import, eksport dan pelaburan.

Langkah tersebut juga bakal dapat mempercepatkan pelaksanaan kod QR rentas sempadan bagi memudahkan sistem pembayaran digital bersepadu yang mengelakkan keperluan untuk pertukaran mata wang.

Indonesia juga telah memeterai perjanjian urus niaga mata wang tempatan dengan Jepun dan China serta sedang giat melaksanakan perjanjian yang sama dengan Singapura dan Korea Selatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >