Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia usul kriteria ukur tahap kesihatan sebelum tunai haji

Sep 08, 2023 | 11:43 AM



JAKARTA: Tahap kesihatan anggota jemaah Indonesia akan diberi keutamaan apabila seseorang mahu mengerjakan haji pada masa akan datang.


Ini kerana Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia sedang menimbangkan untuk memperkenalkan satu sistem baru bagi memastikan bakal anggota jemaah dalam keadaan sihat – dan tidak lagi berasaskan kepada keutamaan membuat bayaran seperti sekarang ini.

“Keadaan kesihatan jemaah haji adalah yang paling bermasalah,” kata Menteri Hal Ehwal Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas, dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru, beliau menyarankan kesihatan perlu diutamakan berbanding pembayaran perbelanjaan haji.

Encik Yaqut menyatakan bahawa semasa musim haji 2023, pembayaran perlu dibuat sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.

Sistem ini membolehkan jemaah warga emas yang telah melunaskan bayaran tetapi kesihatan tidak dalam keadaan baik, tetap dapat menunaikan haji.

Justeru beliau telah mengarahkan para pegawai kementeriannya supaya membangunkan sistem penilaian keadaan kesihatan jemaah haji sebelum mereka membuat bayaran penuh.

Beliau mengakui sistem baru itu mungkin tidak mudah diterima oleh semua jemaah haji.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat (DPR), Encik Ace Hasan Syadzily, menyatakan sokongannya terhadap sistem baru yang mungkin diperkenalkan kelak.

“Encik Yaqut mencadangkan untuk melakukan saringan kesihatan sebelum pembayaran penuh.

“Ia adalah idea yang sangat baik, dan Suruhanjaya VIII akan mempertimbangkannya untuk pelaksanaan ibadah haji pada 2024,” tegasnya.

Jumlah jemaah haji Indonesia yang meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini mencecah 775 orang, dengan majoriti warga emas berumur 65 tahun ke atas.

Selain sistem baru itu, pemerintah Indonesia juga masih mengkaji kemungkinan membenarkan umat Islam Indonesia menunaikan haji hanya sekali dalam seumur hidup mereka.

Mengumumkan demikian baru-baru ini, Encik Yaqut berkata pihaknya sedang menimbangkan perkara tersebut sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Hal Ehwal Kebudayaan, Encik Muhadjir Effendy yang mencetuskan idea mengehadkan ibadah haji berulang kali.

Ini kerana ramai umat Islam Indonesia terpaksa berhadapan dengan barisan panjang untuk berbuat demikian dan ia boleh menjangkau berpuluh tahun.

Dengan itu, mereka yang kali pertama berhasrat mengerjakan haji mempunyai peluang melakukan ibadah tersebut.

“Pada pendapat saya, menunaikan haji sekali seumur hidup sudah memadai,” kata Encik Muhadjir yang dipetik web berita Kompas baru-baru ini.


Walaupun ramai individu yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan ibadah haji berkali-kali, namun beliau menegaskan keutamaan harus diberikan kepada mereka yang telah menunggu bertahun-tahun dan masih belum menunaikan ibadat suci itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >