Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia usul suntikan Covid-19 kelima bagi yang berisiko

Dec 15, 2023 | 12:29 PM



JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia merancang untuk menyediakan dos kelima vaksin Covid-19 bagi warga emas dan mereka yang berisiko tinggi, bagi melindungi diri daripada subvarian koronavirus baru yang sedang meningkat di negara ini.


Menurut data kementerian, terdapat 1,499 kes aktif Covid-19 dikesan oleh pihak berkuasa kesihatan setakat 14 Disember, dengan 359 kes baru pada hari yang sama.

Kementerian itu turut merekodkan lima kematian akibat Covid-19 sejak minggu lepas.

Varian EG.5 atau ‘Eris’ Covid-19, subvarian Omicron, kebanyakannya menjadi penyebab meningkatnya kes baru-baru ini di Indonesia dan negara lain di rantau ini .

Eris dilaporkan mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding subvarian lain.

Pihak kementerian sedang berbincang untuk mengeluarkan dos kelima atau penggalak ketiga, vaksin Covid-19, menjelang 2024, terutama bagi mereka yang berisiko tinggi dijangkiti virus itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Cik Siti Nadia Tarmizi.

“Dos kelima vaksin tidak diperlukan untuk orang awam, kerana ramai yang masih belum mendapatkan suntikan dos kedua atau penggalak pertama mereka,” kata Cik Siti Nadia kepada The Jakarta Post pada 13 Disember.


Menurut kementerian itu, sekitar 203 juta orang, atau 86 peratus daripada 234 juta sasaran vaksinasi, telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat 14 Disember.

Tetapi hanya 175 juta orang yang telah menerima dos kedua dan 69 juta orang mendapatkan suntikan penggalak pertama mereka.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan kementerian itu, Encik Azhar Jaya, sebelum ini memberitahu media tempatan bahawa suntikan penggalak ketiga akan disalurkan, dalam usaha memberikan suntikan besar-besaran kepada orang ramai.

Tetapi Cik Siti Nadia menegaskan bahawa pihak berkuasa kesihatan akan memberi tumpuan kepada pemberian dos baru, kepada kumpulan yang terdedah.

“(Mendapatkan suntikan penggalak ketiga) hanyalah cadangan, memandangkan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan kita,” kata jurucakap itu.

“Kami tidak mewajibkannya, kerana kami tidak dalam wabak lagi.”

Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menarik balik status pandemik itu pada Jun, apabila jumlah kes Covid-19 rendah di negara itu.

Kebanyakan negara, termasuk Indonesia, telah melancarkan empat dos vaksin sejak 2022, dengan yang ketiga dan keempat adalah penggalak dos utama.

Australia, salah sebuah negara yang paling banyak divaksin, telah menyediakan dos kelima vaksin Covid-19 untuk semua rakyatnya yang berumur 18 tahun ke atas.

Ia termasuk mereka yang tidak dijangkiti penyakit itu atau telah divaksin dalam tempoh enam bulan lalu, lapor agensi berita Reuters.


Pakar epidemiologi, Encik Dicky Budiman, di Universiti Griffith di Australia, menyifatkan cadangan menyediakan dos kelima sebagai “langkah yang baik”.

Ini kerana berdasarkan pelbagai kajian, ia menunjukkan imuniti ekoran vaksin hanya kekal sehingga setahun pada kebanyakan orang.

“Melihat betapa cepatnya subvarian baru merebak, ia kini menjadi ancaman yang lebih besar bagi kumpulan berisiko.

“Justeru itu, dos penggalak diperlukan segera untuk mereka, walaupun tidak semestinya untuk orang awam,” katanya.

Encik Dicky menambah bahawa menjadikan suntikan Covid-19 secara tetap, mungkin boleh dilakukan memandangkan mutasi varian atau subvarian koronavirus itu serupa dengan virus selesema.

Beberapa negara, seperti Amerika Syarikat, menggesa orang ramai mendapatkan suntikan selesema setiap tahun, untuk mencegah jangkitan.

“Sekiranya kementerian memutuskan untuk melancarkan vaksin Covid-19 tahunan, skim itu akan serupa dengan influenza; bermakna vaksin yang dikemas kini akan dikeluarkan setiap tahun, tetapi hanya disasarkan kepada kumpulan yang terdedah” kata Encik Dicky.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >