Kemelut kepimpinan dalam organisasi Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), yang telah berlarutan lebih seminggu, nampaknya masih jauh daripada penyelesaian. Kedua-dua pihak yang bertentangan kekal dengan pendirian masing-masing, malah kedua-duanya mengadakan mesyuarat berasingan hampir serentak di ibu pejabat NU pada 2 Disember lalu tanpa sebarang tanda perdamaian.
Lembaga eksekutif atau Tanfidziyah, yang dipimpin oleh pengerusi tersingkir, Encik Yahya Cholil Staquf, terus bertegas bahawa kedudukannya masih sah seperti yang diberi mandat dalam Muktamar 2021. Pada masa yang sama, Ketua Majlis Syuriyah atau Majlis Tertinggi Rais Aam, Encik Miftachul Akhyar yang menandatangani minit mesyuarat pada 20 November mengarahkan Encik Yahya meletakkan jawatan secara sukarela atau digugurkan turut mengadakan mesyuaratnya sendiri.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg