Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahdlatul Ulama minta ketua letak jawatan kerana undang penceramah pro-Israel

Nov 24, 2025 | 1:07 PM
Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf
Kepimpinan Nahdlatul Ulama telah memberi notis tiga hari kepada pengerusinya, Encik Yahya Cholil Staquf, untuk meletak jawatan atau dipecat, selepas beliau menjemput seorang sarjana Amerika Syarikat yang dikenali menyokong tindakan Israel di Gaza ke satu acara dalaman pada Ogos. - Foto fail

JAKARTA: Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), telah meminta ketuanya meletak jawatan kerana mengundang seorang sarjana Amerika Syarikat yang terkenal dengan sokongannya terhadap Israel semasa perang Gaza, ke satu acara dalaman pada Ogos.

Kepimpinan NU, yang juga organisasi Islam terbesar di dunia dengan sekitar 100 juta anggota dan sekutunya, memberi notis tiga hari kepada pengerusinya, Encik Yahya Cholil Staquf, supaya meletak jawatan atau dipecat, berdasarkan minit mesyuarat NU pada 20 November.

NU memetik jemputan Encik Yahya kepada seseorang yang “berkaitan dengan rangkaian Zionisme Antarabangsa” untuk acara dalamannya dan dakwaan salah urus kewangan sebagai sebab penyingkirannya.

Namun pada 23 November, Encik Yahya berkata beliau dilantik untuk tempoh lima tahun sejak 2021 dan tidak akan meletak jawatan.

Timbalan Setiausaha Agung NU, Encik Najib Azca, menyatakan keputusan itu dikaitkan dengan jemputan oleh Encik Yahya kepada bekas pegawai dan cendekiawan Amerika, Encik Peter Berkowitz, untuk acara latihan pada Ogos.

Encik Yahya telah memohon maaf atas jemputan itu dan menyifatkannya sebagai satu kecuaian.

Menurut laman web beliau, Encik Berkowitz kerap menulis menyokong kempen Israel di Gaza, termasuk satu artikel pada September yang cuba menangkis dakwaan genosid terhadap Israel.

Laman web Encik Berkowitz turut menyatakan beliau berucap di seminar NU tentang sejarah pemikiran politik Barat pada Ogos. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg