Indonesia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah Perlembagaan batalkan hak guna tanah 190 tahun di Nusantara

Nov 14, 2025 | 4:15 PM
Gambar yang diambil pada 14 Ogos 2025 ini menunjukkan beberapa wanita merakam gambar dengan latar Istana Presiden di Taman Kusuma Bangsa di Ibu Kota Nusantara (IKN), ibu negara baru Indonesia yang dirancang di Kalimantan Timur. Setahun selepas perasmiannya, Nusantara yang sepatutnya menjadi pusat pentadbiran baru negara menarik kehadiran pelancong dan pekerja binaan, namun kebanyakan bangunan ikonik termasuk istana presiden serta jajaran jalan terbaru masih sunyi tanpa kehidupan. Projek legasi bekas presiden Joko Widodo itu kini berdepan pemotongan bajet, kelewatan pembinaan, serta kurangnya minat di bawah kepimpinan baharu yang memberi tumpuan kepada projek mega sosial.
Gambar yang diambil pada 14 Ogos 2025 ini menunjukkan beberapa wanita merakam gambar dengan latar Istana Presiden di Taman Kusuma Bangsa di Ibu Kota Nusantara (IKN), ibu negara baru Indonesia yang dirancang di Kalimantan Timur. Setahun selepas perasmiannya, Nusantara yang sepatutnya menjadi pusat pentadbiran baru negara menarik kehadiran pelancong dan pekerja binaan, namun kebanyakan bangunan ikonik termasuk istana presiden serta jajaran jalan terbaru masih sunyi tanpa kehidupan. Projek legasi bekas presiden Joko Widodo itu kini berdepan pemotongan bajet, kelewatan pembinaan, serta kurangnya minat di bawah kepimpinan baharu yang memberi tumpuan kepada projek mega sosial. - Foto AFP

JAKARTA: Masa depan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, berdepan satu lagi tamparan selepas mahkamah perlembagaan membatalkan peruntukan yang sepatutnya membolehkan pemerintah melanjutkan hak guna tanah sehingga hampir 200 tahun.

Keputusan yang dikeluarkan pada 13 November itu menetapkan bahawa pemerintah kini perlu mengehadkan hak guna tanah di Nusantara kepada 95 tahun sahaja, berbanding 190 tahun seperti yang dicadangkan sebelum ini, dan tempoh tersebut juga akan tertakluk kepada semakan berkala.

Hakim menyatakan bahawa aturan terdahulu melanggar prinsip perlembagaan yang menetapkan hak tanah mesti bersifat sementara dan dinilai secara berkala.

Kes itu dibawa oleh seorang ahli komuniti Dayak dan seorang penduduk Sepaku di Kalimantan Timur, yang berhujah bahawa klausa 190 tahun itu berisiko meminggirkan komuniti tempatan serta melemahkan tanggungjawab negara untuk mengurus tanah bagi manfaat awam.

Keputusan tersebut menggugurkan salah satu insentif paling besar yang ditawarkan Indonesia untuk menarik pelabur ke projek bernilai sekitar AS$30 bilion (S$39 bilion) itu di tengah-tengah Borneo, lapor Bloomberg.

Ia sekali lagi menimbulkan persoalan tentang hala tuju pembangunan bandar tersebut, projek utama bekas Presiden Joko Widodo yang kini diwarisi oleh Presiden Prabowo Subianto.

Walaupun Encik Prabowo berikrar untuk memberi keutamaan kepada pembinaan ibu negara baharu itu, pentadbirannya kini semakin banyak menumpukan sumber kepada perbelanjaan kebajikan sosial dan Danantara, dana kekayaan negara baharu yang dijangka mengurus aset milik kerajaan sehingga AS$1 trilion. Minat pelabur asing terhadap projek tersebut masih terhad dan kerja pembinaan turut berdepan kelewatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg