Menteri Indonesia: Akaun bawah umur mungkin dipadam dari platform digital

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Indonesia: Akaun bawah umur mungkin dipadam dari platform digital

Feb 20, 2026 | 12:45 PM

Menteri Indonesia: Akaun bawah umur mungkin dipadam dari platform digital

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
FAIL FOTO: Aplikasi Instagram, TikTok, Snapchat, Kick, YouTube, Facebook, Twitch, Reddit, Threads dan X dipaparkan pada telefon bimbit susulan kenyataan menteri Indonesia bahawa akaun pengguna bawah umur mungkin akan dipadam daripada platform digital.
FAIL FOTO: Aplikasi Instagram, TikTok, Snapchat, Kick, YouTube, Facebook, Twitch, Reddit, Threads dan X dipaparkan pada telefon bimbit susulan kenyataan menteri Indonesia bahawa akaun pengguna bawah umur mungkin akan dipadam daripada platform digital. - Foto REUTERS

JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan mula menyekat akaun media sosial milik kanak kanak sebaik sahaja dasar had umur minimum pengguna Internet berkuat kuasa pada Mac ini, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital.

Menteri Komunikasi dan Digital, Cik Meutya Hafid berkata peraturan teknikal bagi melaksanakan Peraturan Kerajaan (PP) No.17/2025 berkaitan perlindungan kanak kanak dalam sistem elektronik kini di peringkat akhir sebelum dikuatkuasakan. “Kami mesti melakukannya. Sasaran kami ialah apabila dasar ini bermula pada Mac, pengguna bawah umur dapat disekat daripada platform,” katanya.

Draf peraturan menetapkan beberapa kategori umur. Kanak kanak bawah 13 tahun hanya dibenarkan menggunakan platform khas untuk golongan itu. Remaja berusia 13 hingga 16 tahun pula hanya boleh mengakses platform berisiko rendah dan semua kumpulan umur memerlukan kebenaran ibu bapa.

Penilaian risiko dibuat berdasarkan pendedahan kepada orang tidak dikenali, kandungan ganas atau lucah serta ciri ketagihan digital.

Menurut Cik Meutya, pengguna bawah 16 tahun berpotensi dipadam daripada platform apabila peraturan dilaksanakan. Indonesia bagaimanapun memberi tempoh peralihan kepada syarikat teknologi.
“Indonesia sangat besar. Kita tidak boleh memadam puluhan juta akaun kanak kanak serta merta,” katanya. “Sekurang kurangnya platform besar perlu memadam akaun secara besar besaran.”

Tidak seperti larangan di Australia yang hanya menyasarkan media sosial, dasar Indonesia meliputi semua penyedia sistem elektronik termasuk permainan dalam talian dan e dagang. “Apabila kami merangka peraturan, kebanyakan platform sudah bergabung fungsi. Permainan ada ciri sosial, dan media sosial ada fungsi lain,” kata Cik Meutya. Platform yang melanggar peraturan boleh dikenakan sekatan dan penalti.

Langkah itu mendapat sokongan berhati hati daripada pakar keselamatan digital. Penyelidik Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Encik Beltsazar Krisetya berkata peraturan tersebut lebih menyeluruh berbanding larangan menyeluruh di negara lain.

“Ia cuba mengawal reka bentuk platform, termasuk larangan manipulasi algoritma dan perlindungan privasi sejak awal,” katanya. “Had umur berperingkat boleh mengurangkan eksploitasi data peribadi kanak kanak.”
Namun beliau mengingatkan mekanisme kebenaran ibu bapa perlu dipantau. “Bagi kanak kanak yang tiada pengawasan keluarga, kawalan ibu bapa tidak semestinya perlindungan,” katanya.

Beliau mencadangkan pelaksanaan awal digunakan untuk menilai keberkesanan dasar. “Kita perlu melihat ke mana kanak kanak berpindah secara digital dan sama ada sistem kebenaran benar benar berfungsi,” katanya.

Pemerintah berharap dasar baharu itu mampu mengurangkan kes gangguan dalam talian, pendedahan kandungan berbahaya dan ketagihan digital dalam kalangan kanak kanak, ketika penggunaan internet dalam negara terus meningkat pesat. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg