Indonesia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai: Indonesia masih berunding dengan AS mengenai tarif dan pengecualian produk

Jul 18, 2025 | 3:47 PM
Orang ramai membeli barangan keperluan rumah di sebuah gerai di Surabaya pada 13 Julai 2025 sedang pegawai kanan Indonesia memaklumkan bahawa negara tersebut masih merundingkan butiran terperinci perjanjian perdagangan terbaru dengan Amerika Syarikat.
Orang ramai membeli barangan keperluan rumah di sebuah gerai di Surabaya pada 13 Julai 2025 sedang pegawai kanan Indonesia memaklumkan bahawa negara tersebut masih merundingkan butiran terperinci perjanjian perdagangan terbaru dengan Amerika Syarikat. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia masih merundingkan butiran terperinci perjanjian perdagangan terbaru dengan Amerika Syarikat selepas negara itu menurunkan kadar tarif terhadap Indonesia, dan kini sedang berusaha mendapatkan pengecualian bagi eksport minyak sawit dan nikel, menurut seorang pegawai pada 18 Julai.

Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan perdagangan yang menyaksikan kadar tarif yang dicadangkan diturunkan kepada 19 peratus daripada 32 peratus. Perjanjian ini merupakan antara segelintir sahaja yang berjaya dimuktamadkan oleh pentadbiran Trump menjelang tarikh akhir rundingan pada 1 Ogos.

Encik Susiwijono Moegiarso, pegawai kanan di Kementerian Ekonomi Indonesia, memberitahu media bahawa kedua-dua negara masih berunding mengenai butiran teknikal perjanjian tersebut, sambil menjelaskan bahawa kadar 19 peratus itu akan dikenakan sebagai tambahan kepada tarif sektoral sedia ada.

Indonesia telah meminta Amerika Syarikat mengecualikan eksport koko, getah, minyak sawit mentah dan nikel daripada dikenakan tarif tersebut, katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa produk teknologi dari Amerikaakan dikecualikan daripada peraturan “kandungan tempatan” Indonesia, yang sebelum ini mewajibkan penggunaan komponen buatan tempatan dalam proses pembuatan.

Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia dan pembekal utama kepada Amerika Syarikat, menyumbang 85 peratus daripada jumlah import Amerika pada tahun 2024. “Ini adalah peluang yang baik, ia akan menjadi faktor positif bagi kita,” kata Encik Susiwijono. “Perjanjian ini seharusnya dapat menyokong eksport kita.”

Indonesia juga akan membeli pesawat Boeing untuk syarikat penerbangan nasionalnya, Garuda Indonesia, dan syarikat tenaga milik negara, Pertamina, akan mengimport tenaga dari Amerika Syarikat, tertakluk kepada semakan perniagaan, kata Encik Susiwijono.

Beliau menambah bahawa semua barangan dari Amerika Syarikat yang diimport ke Indonesia akan dikenakan kadar tarif sifar, kecuali minuman beralkohol dan daging babi, dan beberapa barangan Amerika juga akan dikecualikan daripada peraturan kuota import. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg