Peruntukan halal dalam perjanjian dagang AS-Indonesia cetus debat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peruntukan halal dalam perjanjian dagang AS-Indonesia cetus debat

Menteri: Piawaian halal kekal terpelihara dalam perjanjian dagang AS-Indonesia
Feb 24, 2026 | 10:11 AM

Peruntukan halal dalam perjanjian dagang AS-Indonesia cetus debat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
prabowo, donald trump, indonesia
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump (kiri), berjabat tangan dengan Presiden Prabowo Subianto, semasa mesyuarat Lembaga Keamanan pada perhimpunan tahunan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos pada 22 Januari 2026. - Foto AFP

JAKARTA: Perjanjian perdagangan baharu antara Indonesia dengan Amerika Syarikat yang dimeterai di Washington mencetuskan perbincangan meluas di dalam negara, khususnya berkaitan isu pensijilan halal.

Walaupun sebahagian ahli politik dan tokoh agama melahirkan kebimbangan, pemerintah menegaskan sistem halal nasional kekal utuh dan tidak akan ada tolak ansur mengenainya.

Presiden Prabowo Subianto bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Amerika Syarikat Indonesia (ART) selepas rundingan panjang untuk menambah baik tarif dan halangan bukan tarif bagi merancakkan perdagangan dua hala.

Perjanjian itu membolehkan produk Amerika yang memenuhi piawaian antarabangsa memasuki pasaran Indonesia tanpa pengulangan proses penilaian kesesuaian.

Namun, beberapa peruntukan berkaitan halal menjadi tumpuan perbahasan awam.

Antara isu yang dipersoalkan ialah pengecualian kosmetik dan peralatan perubatan buatan Amerika daripada keperluan pelabelan halal serta pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara di bawah rangka pengiktirafan bersama.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Encik Muhammad Cholil Nafis, menyifatkan perkara itu perlu diteliti secara berhati-hati.

“Adakah ini perjanjian atau bentuk penjajahan? Pensijilan halal seolah-olah diketepikan,” katanya dalam kenyataan di media sosial sambil menggesa pemerintah supaya menilai semula beberapa peruntukan.

Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Encik Asrorun Ni’am Sholeh, pula menegaskan prinsip halal tidak boleh dirunding.

“Undang undang jaminan produk halal jelas menyatakan setiap produk yang masuk dan diedarkan di Indonesia mesti mempunyai pensijilan halal,” katanya.

Kebimbangan sama turut disuarakan di Parlimen.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya VIII, Encik Singgih Januratmoko, berkata pengiktirafan automatik tanpa penilaian setara boleh menimbulkan ketidakpastian kepada pengguna Muslim.

Bagaimanapun, pemerintah segera menjelaskan bahawa tafsiran tersebut tidak tepat.

Setiausaha Kabinet, Encik Teddy Indra Wijaya, menegaskan semua produk berkaitan tetap wajib mempunyai label halal sama ada dikeluarkan badan pensijilan Amerika yang diiktiraf atau oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal.

“Ada dakwaan produk Amerika boleh masuk tanpa pensijilan halal. Ringkasnya, itu tidak benar,” kata Encik Teddy dalam kenyataan rasmi.

Menurut beliau, semua produk yang diwajibkan halal tetap tertakluk sepenuhnya kepada undang undang Indonesia.

Kosmetik dan peralatan perubatan pula masih perlu memperoleh kebenaran untuk mengedar daripada Badan Pengawas Ubat dan Makanan.

Pemerintah menjelaskan perjanjian itu hanya memperkenalkan prinsip pengiktirafan bersama bagi memudahkan perdagangan tanpa mengubah standard asas.

Produk makanan dan minuman tetap tertakluk kepada pensijilan wajib, manakala bahan pengangkutan perlu mematuhi peraturan keselamatan serta pelabelan sedia ada.

Pengarah Lembaga Pengkajian Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Cik Muti Arintawati, berkata beberapa klausa Memorandum Persefahaman (MOU) berpotensi menimbulkan tafsiran berbeza, termasuk kemungkinan pengecualian produk tertentu.

Beliau menegaskan isu itu perlu diperhalusi bagi memastikan persaingan adil antara pengeluar tempatan dengan luar negara.

“Ini boleh mewujudkan ketidakseimbangan jika tidak dijelaskan dengan baik,” katanya sambil menambah negara lain mungkin menuntut layanan sama.

Di sebalik polemik tersebut, manfaat ekonomi perjanjian itu juga besar.

Amerika bersetuju mengekalkan tarif 19 peratus bagi kebanyakan produk Indonesia, lebih rendah daripada ancaman awal 32 peratus, selain memberi pengecualian tarif kepada 1,819 kategori termasuk minyak sawit, komponen elektronik dan rempah.

Sebagai balasan, Indonesia menghapuskan tarif terhadap 99 peratus produk Amerika merangkumi komoditi pertanian hingga kenderaan.

Mahkamah Agung Amerika Syarikat kemudian memutuskan dasar tarif sejagat EncikTrump melampaui kuasa eksekutif, sekali gus mewujudkan ketidakpastian terhadap pelaksanaan perjanjian itu.

Mengulas perkembangan tersebut, Presiden Prabowo berkata pentadbirannya akan memantau keadaan dengan teliti.

“Kami bersedia menghadapi setiap kemungkinan berkaitan pelaksanaan perjanjian ini,” katanya.

Pemerintah menegaskan kerjasama perdagangan ini bertujuan membuka peluang pasaran lebih luas sambil mengekalkan prinsip perlindungan pengguna Islam.

Penganalisis melihat perdebatan yang timbul dilihat sebagai proses semakan semula dasar, bukan ancaman kepada sistem halal negara, sekali gus menunjukkan keseimbangan antara kepentingan ekonomi dengan sensitiviti agama terus dipelihara. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg