Produk F&B Indonesia raih $57.5j di Expo

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Produk F&B Indonesia raih $57.5j di Expo

Apr 16, 2025 | 1:17 PM

Produk F&B Indonesia raih $57.5j di Expo

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Produk perusahaan makanan dan minuman (F&B) Indonesia menjana AS$43.7 juta ($57.5 juta) dalam Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) di Singapore Expo dari 8 hingga 11 April 2025.
Produk perusahaan makanan dan minuman (F&B) Indonesia menjana AS$43.7 juta ($57.5 juta) dalam Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) di Singapore Expo dari 8 hingga 11 April 2025. - Foto KEDUTAAN BESAR REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA: Produk makanan dan minuman (F&B) Indonesia menjana AS$43.7 juta ($57.5 Juta) dalam Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA) 2025 di Singapore Expo dari 8 hingga 11 April 2025.

Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, dalam satu kenyataan pada 15 April menyatakan produk yang dipamerkan di Pavilion Indonesia di ekspo itu adalah hasil penyelarasan antara Kementerian Perdagangan Indonesia, melalui Atase Perdagangan Singapura, dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Singapura.

“Penyertaan Indonesia dalam FHA 2025 adalah satu bentuk kerjasama dalam kalangan entiti pemerintah, bank milik negara, Bank Indonesia, dan syarikat sektor swasta.

“Momentum ini menyerlahkan kepentingan kerjasama dalam mempromosikan produk Indonesia,” kata Encik Pratomo.

Beliau menyatakan bahawa pameran itu menjana nilai keseluruhan AS$43.7 juta daripada tujuh kontrak eksport bernilai AS$32.2 juta bagi produk seperti koko dan coklat, madu dan rempah organik.

Selain itu, kemungkinan urus niaga yang dianggarkan mencecah AS$11.5 juta dikenal pasti untuk produk seperti mi segera, makanan ringan organik dan pelbagai rempah-ratus.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pembangunan Eksport Nasional Kementerian Perdagangan Indonesia, Cik Fajarini Puntodewi, menyatakan produk makanan dan minuman merupakan tulang belakang utama perusahaan Indonesia dan telah menyokong eksport sepanjang tempoh 2020 hingga 2024, dengan pertumbuhan tahunan 10.55 peratus pada 2024.

Beliau juga berharap promosi produk makanan dan minuman Indonesia akan terus berkembang melalui peningkatan kerjasama dalam pelbagai sektor.

“Kementerian Perdagangan menggalakkan usaha promosi yang tekal dan mampan dengan mengukuhkan kerjasama dengan bank, perusahaan milik pemerintah dan sektor lain,” katanya.

Pada Januari 2025 sahaja, jumlah perdagangan Indonesia dengan Singapura berjumlah AS$2.27 bilion.

Khusus untuk perdagangan bukan minyak dan gas, eksport Indonesia ke Singapura merekodkan jumlah AS$583 juta manakala import dari Singapura berjumlah AS$549.20 juta.

Sementara itu, jumlah dagangan dalam tempoh lima tahun (2020 hingga 2024) meningkat 9.42 peratus, dengan jumlah dagangan pada 2024 dicatatkan pada AS$33.72 bilion. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg