Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Inisiatif Anwar dapatkan penasihat ibarat 'perkhidmatan negara'

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menzahirkan keazamannya untuk mengukuhkan perbendaharaan kerajaan melalui kementerian kewangannya dengan menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi.



Sebelum itu, beliau juga melantik anaknya, Cik Nurul Izzah, sebagai penasihat ekonomi kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri sehingga menimbulkan kritikan dan mendorong Cik Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin.



Kini, Cik Nurul Izzah dilaporkan menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.



Namun, penganalisis yang dihubungi Berita Harian (BH) berpendapat pelantikan penasihat pro bono (tidak menerima bayaran) seperti Cik Nurul Izzah itu seolah-olah dilihat sebagai satu 'perkhidmatan negara' yang diperkenalkan oleh Datuk Anwar sejak memegang tampuk kerajaan.



Datuk Anwar sendiri tidak mengambil gaji dan pelantikan kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan yang tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.



Profesor Madya Eugene Tan daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata langkah ini memberikan isyarat bahawa Malaysia melakukan langkah 'ikat perut' dalam melakukan penjimatan.



Kesediaan para penasihat ini seperti Tan Sri Mohd Hassan untuk mengetuai badan penasihat khas itu katanya meletakkan harapan tinggi bagi rakyat Malaysia untuk melihat hasilnya.



Pemerhati politik, Dr Oh Ei Sun, yang juga Zamil Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, pula berkata:



"Datuk Anwar sendiri tidak keberatan untuk tidak mempunyai gaji menteri. Penasihat yang ada berperanan hanya untuk menasihati dan bukan pembuat keputusan. Jadi tidak mengapa mereka tidak mempunyai imbuhan.''



Penyelidik Institut Pengajian Asia Selatan Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mustafa Izzudin, berkata:



"Walaupun Datuk Anwar telah memberikan penjelasan tentang pelantikan anaknya, isu ini akan timbul dari semasa ke semasa.



"Namun saya tidak fikir ia akan menjejas fungsi harian kerajaannya, termasuk membawa ekonomi Malaya ke tahap trajektori yang memuaskan.



"Jika prestasi kerajaan didapati memuaskan, lebih-lebih lagi selepas 100 hari pentadbirannya dalam meningkatkan kehidupan dan taraf hidup rakyat Malaysia melalui ekonomi yang memberangsangkan, pelantikan Nurul Izzah akan tenggelam dan lenyap begitu sahaja.''



Menurut Profesor Madya Tan lagi, pelantikan itu harus dilihat dengan naratif bahawa kerajaan menggunakan tenaga profesional dan pakar ekonomi 'di luar' untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara yang semakin merosot dalam tempoh sedekad yang lalu.



Ini bagi menghurai hutang negara yang mencecah RM1.5 trilion ($460 bilion), yang melebihi 80 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ini memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >