Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Insiden hina Islam, Yahudi di Eropah ketara sejak perang Israel-Hamas meletus

Seorang pegawai Kesatuan Eropah (EU) yang ditugaskan untuk memerangi Islamofobia berkata, orang Islam sering disalah anggap terlibat dalam keganasan, kerana mereka mempertahankan larangan abaya di Perancis.
Nov 08, 2023 | 05:17 PM



BRUSSELS (Belgium): Aksi kebencian yang menyasarkan umat Islam dan Yahudi di Eropah semakin meningkat ketika konflik antara Israel dengan Hamas memuncak, kata seorang pegawai Kesatuan Eropah (EU), yang ditugaskan untuk memerangi Islamofobia.


“Kami telah melihat trend peningkatan yang sangat jelas, tentang kebencian anti-Muslim dan naratif anti-Yahudi.

Ucapan kebencian ini termasuk kata-kata kesat dan ancaman, dan kami telah memerhatikan kebanyakannya berlaku di platform media sosial,” kata Cik Marion Lalisse, kepada Al Jazeera.


“Kebencian terhadap umat Islam khususnya, mempunyai kaitan dengan stereotaip negatif, menganggap umat Islam sebagai kumpulan monolitik yang terlibat dalam keganasan. Kecondongan sedemikian tersebar di seluruh negara EU,” tambah beliau.

Cik Lalisse berkata penyelidikan diperlukan tentang bagaimana orang Eropah dididik tentang orang Islam dan agama Islam.

Ini kerana Islamofobia adalah ketakutan atau kebencian seseorang bukan Muslim terhadap agama Islam dan Muslim

“Saya dibesarkan di bahagian luar bandar Perancis dan saya diajar tentang agama dan budaya Islam bagi orang-orang yang mengikuti kepercayaan ini, dengan cara yang tidak menggambarkan mereka sebagai ancaman,” katanya kepada Al Jazeera.


“Jadi dalam peranan saya memerangi kebencian anti-Muslim, kami membiayai projek-projek yang berkaitan dengan kenangan masa lalu dan menganalisis bagaimana buku sejarah di sekolah-sekolah dan universiti di Eropah, menggambarkan umat Islam.”

Kumpulan Hamas melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel sebulan lalu; jumlah kematian di Israel dianggarkan melebihi 1,400 orang.

Selepas 7 Oktober, Israel bertindak balas dengan melancarkan kempen pengeboman besar-besaran ke atas Gaza, dalam apa yang dikatakan sebagai usaha menghancurkan kumpulan Hamas Palestin yang memerintah jaluran itu.

Gaza adalah salah satu kawasan paling padat penduduk di dunia. Sehingga kini, lebih 10,000 rakyat Palestin telah terbunuh, ramai wanita dan kanak-kanak yang terbunuh itu.

Jenayah anti-Yahudi direkodkan di beberapa negara Eropah.

Selain Britain, negara Eropah lain tidak memberikan statistik mengenai insiden Islamofobia yang dilaporkan, yang juga meningkat sejak 7 Oktober, menurut kumpulan pemantau Hak Asasi Manusia.

“Ini menunjukkan mereka tidak merekodkan jenayah kebencian terhadap orang yang dianggap sebagai Muslim.

“Kekurangan data menghambat usaha bagi mengatasi kesan terhadap jenayah benci seperti itu,” kata kumpulan hak asasi manusia itu dalam satu kenyataannya.

Agensi EU untuk Hak Asasi (FRA) mempunyai pangkalan data yang mendokumentasikan aksi kebencian terhadap umat Islam, antara 2010 dengan 2020 dalam blok itu, yang menurut Cik Lalisse akan dikemas kini dalam beberapa minggu akan datang.

“Kita perlu memastikan bahawa terdapat naratif yang seimbang tentang apa yang berlaku di Eropah, supaya orang ramai boleh hidup dengan bebas, tanpa mengira kepercayaan agama mereka atau ketiadaan kepercayaan agama,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >