Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Insiden antisemitik, Islamofobia di AS naik sejak perang Israel-Palestin

Oct 26, 2023 | 02:03 PM



WASHINGTON: Insiden antisemitik dan Islamofobia termasuk serangan ganas dan gangguan dalam talian, telah meningkat di Amerika Syarikat sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober, kata dua kumpulan hak asasi pada Rabu lalu.


Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) berkata mereka menerima 774 aduan mengenai insiden bermotifkan Islamofobia dan berat sebelah terhadap rakyat Palestin dan Arab, dari 7 Oktober hingga Selasa.

Kumpulan itu berkata ini adalah tahap tertinggi sejak 2015. Jumlah itu juga hampir tiga kali ganda daripada purata aduan sepanjang 2022 buat tempoh sama.

Liga Anti-Fitnah (ADL) pula berkata data awalnya menunjukkan peningkatan 388 peratus dalam insiden antisemitik di Amerika, dari 7 Oktober hingga Isnin berbanding 2022.

Kumpulan itu melaporkan 312 insiden termasuk gangguan, vandalisme dan serangan.

Kira-kira 190 daripada mereka dikaitkan secara langsung dengan perang antara Israel dengan Palestin, kata ADL.

Cair memetik seorang lelaki Palestin berusia 18 tahun, yang didakwa diserang di Brooklyn mengatakan:

“Ugutan bunuh terhadap masjid dan tikaman maut ke atas seorang budak lelaki Islam berusia 6 tahun di Illinois, yang menurut pihak berkuasa Amerika disasarkan sebagai warga Amerika Palestin.”

ADL pula berkata aduan termasuk mesej ganas, terutamanya pada platform dalam talian Telegram dan perhimpunan di mana “ADL menemui sokongan tersirat yang jelas atau kuat untuk Hamas dan/atau keganasan terhadap orang Yahudi di Israel”.

Jabatan Kehakiman Amerika berkata ia sedang memantau peningkatan ancaman terhadap orang Yahudi dan Muslim di tengah-tengah konflik itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah mengutuk antisemitisme dan Islamofobia.

Serangan Hamas pada 7 Oktober telah membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang, kata Israel.

Serangan udara Israel sejak di Gaza yang dikuasai Hamas telah membunuh lebih 6,500 sehingga Rabu, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Sementara itu di Eropah, masyarakat Yahudi kini takut peningkatan antisemitisme.

Umat Islam pula bimbang mereka disamakan dengan Hamas – kumpulan militan yang melakukan serangan ke atas selatan Israel.

Kegagalan 27 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk bersuara secara bersatu tidak membantu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, sebagai contoh, telah mendapat kritikan. Beliau menyuarakan sokongan padu kepada Israel semasa lawatan ke negara itu.

Namun, pada pandangan seorang lagi pegawai EU, beliau gagal menyeru pihak berkuasa Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dalam operasi balas dendam mereka di Gaza. – Reuters, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >