Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Insiden tembak di Siam Paragon: 3 lagi suspek ditahan

Oct 08, 2023 | 04:10 PM



BANGKOK: Polis di Thailand telah menahan tiga lagi suspek yang didakwa menjual peluru kepada remaja lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah popular di Bangkok Selasa lalu, yang meragut nyawa dua warga asing.


Phassornkorn “Nikki” Thianthanwit, 27 tahun, ditahan pada Sabtu di sebuah rumah di Soi Phetkasem 94, di daerah Bang Khae di ibu kota Thailand, lapor The Straits Times yang memetik Bangkok Post.


Satu pistol Glock automatik dan revolver Smith & Wesson, bersama 2,765 butir peluru, tiga telefon bimbit, bungkusan kosong dan bahan pembungkus telah dirampas dari rumahnya, kata polis.

Wutthiphong Phetmanee dan Suthida Paenghom turut ditahan pada Sabtu di bandar Prachuap Khiri Khan. Umur mereka tidak dilaporkan.

Wutthiphong ditangkap semasa bersembunyi di belakang sebuah rumah, manakala Suthida menyerah diri kepada polis.

Pada Selasa lalu, remaja lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan secara rambang di pusat beli-belah Siam Paragon, menyebabkan ratusan pembeli-belah melarikan diri dalam keadaan panik atau bersembunyi dalam kedai runcit dan restoran.

Seorang pelancong China dan seorang warga Myanmar terbunuh, dan lima lagi cedera dalam insiden tembakan itu.

Para penyiasat berkata remaja itu menggunakan ‘pistol kosong’ – replika yang diubah suai untuk menembak peluru hidup.

Sejak itu, polis menjejaki mereka yang bertanggungjawab menjual pistol itu, mengubah suai pistol dan membekalkan peluru kepada remaja itu.

Pada Khamis, polis menahan empat lelaki di wilayah Yala di selatan Thailand dan di Bangkok.

Kesemua mereka dikatakan telah menjual pistol dan peluru hidup kepada remaja berusia 14 tahun itu melalui laman Facebook.

Polis juga telah menyoal seorang instruktor di padang tembak milik Tentera Diraja Thailand di mana remaja itu dilihat berlatih dengan pistolnya sekurang-kurangnya 20 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >