Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Insurans perjalanan tidak meliputi tindakan keganasan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Insurans perjalanan tidak meliputi tindakan keganasan

Jul 21, 2014 | 04:04 PM

PETALING JAYA - Insurans perjalanan biasa, yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat penerbangan kepada penumpang, tidak memberikan perlindungan daripada peperangan dan keganasan.

Oleh itu, penumpang dinasihatkan supaya mempertingkatkan perlindungan mereka atau membeli insurans perjalanan yang khusus demi memastikan mereka dilindungi apabila kejadian-kejadian tersebut berlaku.

"Peperangan dan keganasan tidak dilindungi polisi insurans asas yang ditawarkan kebanyakan syarikat penerbangan", kata seorang pegawai insurans penerbangan.

Pegawai itu juga berkata seperti dalam kes polisi insurans motor, di mana seseorang boleh mendapatkan perlindungan asas atau membayar tambahan premium untuk mendapatkan perlindungan daripada banjir dan kejadian-kejadian lain, beberapa polisi insurans perjalanan memberi pilihan supaya penumpang dilindungi daripada keganasan dan peperangan.

Sebagai contoh, syarikat penerbang Malaysia Airlines (MAS), menawarkan penumpang pilihan untuk membeli polisi insurans perjalanan dikenali sebagai MH Insure tetapi ia tidak meliputi peperangan atau keganasan.

Bagaimanapun, sebuah perjanjian udara berbilang pihak yang dikenali sebagai Konvensyen Montreal 1999 memperuntukkan syarikat-syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar ganti rugi AS$175,000 (S$217,191) bagi setiap penumpang yang terbunuh atau cedera dalam apa-apa kemalangan udara meskipun punca kemalangan adalah tindakan perang atau keganasan. - The Star

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3