Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran adakan pilihan raya presiden 28 Jun susuli nahas helikopter ragut nyawa presiden

May 21, 2024 | 3:59 PM
Penduduk wanita Iran dilihat memegang poster Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, di upacara berkabung di Teheran pada 20 Mei.
Penduduk wanita Iran dilihat memegang poster Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, di upacara berkabung di Teheran pada 20 Mei. - Foto EPA-EFE

TEHERAN: Iran akan mengadakan pilihan raya presiden pada 28 Jun, lapor agensi berita separuh rasmi Tasnim, susulan kematian Encik Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada 19 Mei.

Naib Presiden Iran, Encik Mohammad Mokhber, akan mengambil alih peranan sebagai presiden sementara, seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan negara itu.

Encik Raisi dan lapan yang lain, termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, terbunuh di barat laut Iran selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di kawasan pergunungan pada 19 Mei.

Pemerintah Iran menyalahkan cuaca buruk dan kabus tebal sebagai punca nahas tersebut.

Nahas itu berlaku di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dengan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Encik Raisi dalam perjalanan pulang daripada satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Encik Ilham Aliyev.

Calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden Iran boleh mendaftar mulai 30 Mei dan individu akan ditapis satu majlis yang terdiri daripada 12 ulama dan fuqaha yang mentadbir pilihan raya.

Tidak jelas sama ada Encik Mokhber akan bertanding dalam pilihan raya yang akan diadakan itu.

Ramai penganalisis Iran berkata kemungkinan badan ulama dan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei mahukan presiden yang serupa dengan Encik Raisi, seorang ulama ultra konservatif yang sangat tidak mempercayai Amerika Syarikat dan Israel.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, majlis tersebut telah menyukarkan golongan reformis untuk bertanding.

Encik Raisi adalah seorang tokoh yang agak memecahbelahkan di Iran.

Ramai mengaitkannya dengan penangkapan dan hukuman mati beramai-ramai berikutan bantahan ganas di seluruh negara pada 2022 selepas kematian dalam tahanan Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun yang ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat Iran. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg