Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran bebaskan warga Amerika dalam perjanjian pertukaran tahanan

Sep 19, 2023 | 12:50 PM



DOHA/NEW YORK: Sebuah pesawat yang membawa lima rakyat Amerika Syarikat yang dibebaskan oleh Iran, meninggalkan Doha pada Isnin sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan dengan lima warga Iran yang ditahan di Amerika.


Pembebasan mereka itu dikecapi selepas pemindahan dana Iran di Amerika berjumlah AS$6 bilion ($7.98 bilion) – suatu perjanjian yang jarang berlaku antara dua negara yang bermusuhan sejak sekian lama.

“Hari ini, lima rakyat Amerika yang tidak bersalah dan dipenjarakan di Iran akhirnya pulang,” kata Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dalam satu kenyataan sejurus sebelum tahanan turun tangga jet Qatar di Doha untuk dipeluk oleh diplomat negara mereka.

Rumah Putih mengesahkan sebuah pesawat yang membawa lima orang itu, bersama dua anggota keluarga Amerika yang meninggalkan Teheran bersama mereka, sedang dalam perjalanan ke Amerika.

Selepas tiba, mereka akan ditawarkan rawatan perubatan oleh tentera Amerika.

Secara berasingan, Press TV milik negara Iran berkata lima warga Iran yang ditahan oleh Amerika kerana didakwa melakukan jenayah, juga telah dibebaskan dengan dua daripada mereka telah mendarat di Teheran.


Tiga yang lain dijangka tidak kembali ke Iran.

“Ini semata-mata tindakan kemanusiaan,” kata Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, selepas tiba di New York untuk perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia sudah tentu boleh menjadi satu langkah ke depan yang membolehkan tindakan atas dasar kemanusiaan lain diambil,” tambahnya.

Tidak jelas sama ada pertukaran itu boleh membawa kemajuan dalam banyak isu yang memecahbelahkan kedua-dua negara, termasuk program nuklear Iran, sokongannya terhadap militia Syiah serantau, kehadiran tentera Amerika di Teluk dan sekatan Amerika ke atas Iran.

Hubungan antara Amerika dan Iran, musuh selama lebih 40 tahun, amat getir sejak mantan Presiden Amerika, Encik Donald Trump mengingkari perjanjian untuk mengekang program nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan pada 2018.

Washington mengesyaki program itu mungkin bertujuan untuk membangunkan senjata nuklear – cita-cita yang dinafikan Teheran – yang boleh mengancam Israel, sekutunya di Teluk Arab.

Menurut dokumen Jabatan Negara Amerika yang dilihat agensi berita Reuters, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menegaskan bahawa tindakan mengetepikan sekatan dibuat atas dasar kepentingan keselamatan negara.


Penganalisis Amerika melahirkan keraguan tercapainya sebarang bentuk kemajuan dalam isu nuklear atau lain-lain dengan Iran tidak lama lagi.

Encik Biden sering didesak untuk membawa pulang tahanan negara itu yang dilihat secara meluas sebagai tebusan untuk digunakan oleh Iran sebagai tawar-menawar.

“Pertukaran tahanan mungkin membuka jalan kepada diplomasi tambahan di sekitar program nuklear pada musim gugur ini, walaupun prospek untuk benar-benar mencapai perjanjian adalah sangat jauh,” kata Encik Henry Rome dari Institut Washington. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >