Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

AS, Iran setuju bebaskan rakyat satu sama lain dari penjara

Teheran boleh akses hasil minyaknya berjumlah $8.4b di bawah perjanjian yang dicapai
Aug 11, 2023 | 03:38 PM



NEW YORK/WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Iran telah mencapai persetujuan untuk membebaskan warga satu sama lain yang dipenjara di dua negara itu, dan Iran akhirnya dibolehkan mengakses hasil minyaknya berjumlah AS$6 bilion ($8.4 bilion), kata beberapa orang yang mengetahui mengenai perjanjian itu.


Sebagai langkah pertama dalam perjanjian itu, yang dicapai selepas rundingan senyap lebih dua tahun, Iran telah membebaskan lima orang Amerika-Iran yang mempunyai dua kerakyatan untuk dikenakan tahanan dalam rumah, menurut pegawai Amerika di Jabatan Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

“Ini hanyalah permulaan proses yang saya harap dan jangka membawa kepada kepulangan mereka ke Amerika,” kata Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony J. Blinken, pada Khamis.

Tahanan tersebut ialah Siamak Namazi, Emad Sharghi dan Morad Tahbaz, yang kesemuanya dipenjara atas tuduhan mengintip tidak berasas, serta dua lagi yang keluarga mereka tidak namakan.

Adalah difahamkan bahawa salah seorang yang namanya tidak disebutkan ialah seorang saintis, dan seorang lagi ialah ahli perniagaan.

Tiga tahanan yang dinamakan dan seorang lagi telah dipindahkan pada Khamis dari Penjara Evin ke sebuah hotel di Teheran, tempat mereka akan ditahan beberapa minggu sehingga dibenarkan menaiki sebuah pesawat, kata Encik Jared Genser, peguam Encik Namazi.

Seorang lagi tahanan, seorang wanita Amerika, sebelum ini telah dibebaskan ke dalam tahanan rumah, menurut beberapa orang yang terlibat dalam perbincangan pertukaran tahanan itu.

“Walaupun saya berharap ini akan menjadi langkah pertama kepada pembebasan muktamad mereka, ini hanyalah satu permulaan bagi satu pengakhiran dan tidak lebih daripada itu,” kata Encik Genser dalam satu kenyataan.

“Tetapi tidak ada jaminan tentang apa akan berlaku selepas ini,” tambahnya.

Beliau berkata rakyat Amerika itu telah diberitahu mereka akan ditahan di hotel itu di bawah kawalan pegawai Iran.

Encik Ali Bagheri Kani, Timbalan Menteri Luar Iran, yang juga seorang ketua perunding nuklear, berkata Amerika dan Iran telah mencapai kesepakatan untuk pertukaran tahanan dan pembebasan berbilion dolar aset Iran.

Menurutnya, Iran telah menerima “komitmen yang diperlukan” daripada Amerika bahawa ia akan menghormati perjanjian itu.

Media Iran membentangkan perjanjian itu sebagai kemenangan untuk pentadbiran konservatif Presiden Ebrahim Raisi dan menyebutnya sebagai “diplomasi terhormat”.

Menurut sumber, apabila rakyat Amerika dibebaskan, pentadbiran Presiden Biden akan membebaskan segelintir warga Iran yang sedang menjalani hukuman penjara kerana melanggar sekatan ke atas Iran.

Amerika juga akan memindahkan hampir $6 bilion aset Iran di Korea Selatan ke dalam akaun di bank pusat Qatar, menurut orang yang tahu mengenai perjanjian itu.

Akaun itu akan dikawal kerajaan Qatar supaya Iran boleh mendapatkan akses hanya untuk membayar vendor bagi tujuan kemanusiaan seperti membeli ubat dan makanan, kata mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >