Iran beri amaran keras “tiada satu liter minyak” keluar jika serangan tidak henti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran beri amaran keras “tiada satu liter minyak” keluar jika serangan tidak henti

Mar 10, 2026 | 5:16 PM

Iran beri amaran keras “tiada satu liter minyak” keluar jika serangan tidak henti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Iran, oil. United States, Israel, war, conflict, Hormuz Strait
Perang itu telah menutup Selat Hormuz, yang mengendalikan satu perlima daripada bekalan minyak dunia. - Foto REUTERS

DUBAI/KAHIRAH: Pengawal Revolusi Iran berkata pada 10 Mac bahawa mereka tidak akan membenarkan “satu liter minyak” dihantar dari Timur Tengah jika serangan Amerika Syarikat dan Israel berterusan.

Ini mendorong amaran dari Presiden Amerika, Encik Donald Trump bahawa Amerika akan menyerang Iran dengan lebih hebat jika ia menyekat eksport dari kawasan pengeluar tenaga yang penting itu.

Retorik yang semakin keras itu tidak mampu meredakan kejatuhan tajam harga minyak mentah dan lonjakan saham global, yang berlaku selepas Encik Trump menyatakan keyakinannya bahawa perang itu akan berakhir dengan cepat, walaupun Iran telah melantik Encik Mojtaba Khamenei sebagai pemimpin tertinggi yang baru, sebagai tanda penentangan.

Encik Trump berkata pada 9 Mac bahawa Amerika telah menyebabkan kerosakan besar kepada tentera Iran dan meramalkan perang tersebut akan berakhir lebih awal daripada tempoh empat minggu yang beliau sebutkan sebelum ini, walaupun beliau belum menjelaskan apa maksud kemenangan.

Israel berkata matlamat perang mereka adalah untuk menggulingkan sistem pemerintahan ulama Iran.

Pegawai Amerika pula berkata matlamat Washington adalah untuk memusnahkan kemampuan peluru berpandu Iran dan program nuklearnya, namun Encik Trump berkata perang itu hanya akan berakhir dengan sebuah pemerintah Iran yang patuh.

Sekurang-kurangnya 1,332 orang awam Iran telah terkorban dan ribuan lagi cedera sejak Amerika dan Israel melancarkan serangan udara dan peluru berpandu ke seluruh Iran pada akhir Februari, menurut duta besar Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Encik Trump memberi amaran bahawa serangan Amerika akan meningkat jika Iran berusaha menyekat lalu lintas kapal tangki melalui Selat Hormuz, yang mengendalikan satu perlima daripada bekalan minyak dunia.

“Kami akan serang mereka dengan begitu hebat sehingga tidak mungkin bagi mereka atau sesiapa sahaja yang membantu mereka untuk pulih semula,” kata Encik Trump dalam satu sidang media pada 9 Mac.

Pengawal Revolusi Islam Iran berkata ia tidak akan membenarkan sebarang minyak keluar dari kawasan itu jika serangan dari Amerika dan Israel berterusan.

“Kami adalah pihak yang akan menentukan penghujung perang ini,” kata jurucakapnya, menggambarkan kenyataan Encik Trump sebagai “kata-kata kosong”, menurut media negara.

Dalam satu hantaran di Truth Social kemudian, Encik Trump mengulangi amaran beliau.

“Jika Iran melakukan apa-apa yang menghalang aliran minyak dalam Selat Hormuz, mereka akan diserang oleh Amerika dua puluh kali lebih teruk daripada serangan yang telah mereka terima setakat ini,” katanya.

Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araqchi berkata Iran tidak mungkin meneruskan rundingan dengan Amerika, memetik apa yang beliau sifatkan sebagai “pengalaman pahit” dengan rundingan masa lalu.

“Selepas tiga pusingan rundingan, pasukan Amerika dalam perundingan sendiri berkata bahawa kami telah membuat kemajuan besar. Namun, mereka memutuskan untuk menyerang kami. Jadi, saya rasa berbincang dengan pihak Amerika tidak lagi menjadi agenda kami,” katanya.

Perang itu telah menutup Selat Hormuz, menyebabkan kapal tangki tidak dapat berlayar lebih seminggu dan pengeluar terpaksa menghentikan pengepaman minyak kerana simpanan penuh.

Pelantikan Mr Mojtaba Khamenei pada 9 Mac menghancurkan harapan untuk penghujung perang yang cepat, menyebabkan pasaran minyak melonjak dan pasaran saham menjunam. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg