Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran salahkan AS, Israel susuli letupan di makam membunuh 95 orang

Jan 04, 2024 | 08:36 PM



TEHRAN: Iran menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas letupan bom berkembar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang di selatan negara itu, ketika orang ramai berkumpul untuk memperingati jeneral Pengawal Revolusi Qasem Soleimani, empat tahun selepas kematiannya dalam serangan Amerika Syarikat.

Dua letupan, yang media negara dan pihak berkuasa serantau labelkan sebagai “serangan pengganas”, berlaku di tengah-tengah ketegangan tinggi di Asia Barat berkaitan dengan perang Hamas-Israel di Gaza dan pembunuhan pemimpin kanan Hamas di Lubnan pada 2 Disember.

Serangan yang tidak diakui itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai konflik yang semakin meluas di rantau ini, menyebabkan kegoncangan pasaran global dengan harga minyak meningkat lebih tiga peratus dan mencetuskan kecaman global.

“Washington berkata Amerika dan Israel tidak mempunyai peranan dalam serangan pengganas di Kerman, Iran. Betul ke? Seekor musang menghidu sarangnya sendiri terlebih dahulu,” tulis Encik Mohammad Jamshidi, timbalan politik presiden Iran di X, sebelum ini Twitter.

Amerika Syarikat menolak cadangan bahawa ia atau sekutu Israel terlibat, sementara Israel enggan mengulas.

“Amerika Syarikat tidak terbabit dalam apa-apa cara. Kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Israel terbabit dalam letupan ini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller.

Ditanya mengenai letupan tersebut, jurucakap tentera Israel Encik Daniel Hagari berkata, “Kami memberi tumpuan kepada pertempuran dengan Hamas.”

Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran, menyalahkan “musuh jahat dan jenayah” negara atas serangan itu dan berikrar untuk “bertindak balas dengan keras.”

Presiden Ebrahim Raisi, yang membatalkan lawatan ke Turkey, mengutuk jenayah “keji” tersebut, sementara Republik Islam Iran mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan.

Letupan, yang berlaku kira-kira 15 minit antara satu sama lain, melanda berhampiran Tanah Perkuburan Syuhada di Masjid Saheb al-Zaman di Kerman, kampung halaman Encik Soleimani, semasa penyokong berkumpul untuk menandai pembunuhannya dalam serangan dron AS pada 2020 di Baghdad.

Agensi berita IRNA Iran pada mulanya melaporkan 103 orang terbunuh, manakala televisyen negara menyatakan 211 cedera, beberapa dalam keadaan kritikal.

Menteri Kesihatan, Bahram Eynollahi, kemudian menyemak semula jumlah korban, menyatakan, “Jumlah sebenar orang yang terbunuh dalam insiden pengganas ialah 95 orang,” menambah bahawa angka 103 sebelum ini disebabkan beberapa nama “didaftarkan secara salah dua kali.”

Tiga anggota paramedik yang bergegas ke tempat kejadian selepas letupan pertama adalah antara yang terbunuh, menurut Bulan Sabit Merah Iran. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >