Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran tahan ibu kepada remaja yang koma selepas insiden di metro

Oct 06, 2023 | 11:38 AM



PARIS: Iran telah menahan ibu kepada seorang remaja berusia 16 tahun yang koma selepas dikatakan diserang pegawai penguatkuasa di metro Tehran, kata kumpulan hak asasi manusia.


Dakwaan serangan pada Ahad, yang berlaku hanya lebih setahun selepas kematian Cik Mahsa Amini dalam tahanan berikutan penahanannya kerana dakwaan melanggar kod pakaian wanita, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemerintah Barat.

Tetapi, media pemerintah di Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa Armita Garawand cedera akibat pertembungan dengan pegawai polis wanita.

Beliau sebaliknya dikatakan pengsan kerana masalah tekanan darah.

Kumpulan hak asasi Kurdish Hengaw menegaskan bahawa Cik Garawand cedera parah dan kemudiannya koma dalam konfrontasi dengan polis, yang menahannya kerana tidak memakai tudung yang diwajibkan ke atas wanita di Iran.

Dikatakan dia sedang dirawat di bawah kawalan keselamatan ketat di Hospital Subuh di Tehran, dengan ibu bapanya tidak dibenarkan melawatnya.

Ibunya, Cik Shahin Ahmadi, telah diberkas berhampiran hospital dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui oleh ejen keselamatan, kata Hengaw.

Stesen televisyen antarabangsa Iran berkata penahanan itu dibuat selepas beliau membantah larangan melawat anaknya di hospital.

Tetapi, agensi berita Tasnim Iran menafikan beliau telah ditangkap dan membidas media asing kerana cuba menghasut dan menimbulkan suasana huru-hara.

Ibu bapanya sebelum itu memberi temu bual kepada media pemerintah di hospital “di bawah tekanan yang besar” dan “dengan kehadiran pegawai keselamatan berpangkat tinggi”, kata Hengaw.

Pihak berkuasa Iran kekal berjaga-jaga terhadap sebarang peningkatan ketegangan sosial.

Kematian Cik Amini sebelum ini telah mencetuskan protes yang menggemparkan kepimpinan ulama Iran.

“Sekali lagi seorang wanita muda di Iran berjuang untuk hidupnya. Hanya kerana dia menunjukkan rambutnya dalam kereta api bawah tanah,” kata Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang menulis di X.

“Ia tidak boleh diterima,” kata beliau.

Encik Abram Paley, pemangku utusan khas Amerika Ssyarikat di Iran, menyiarkan di X bahawa Washington “terkejut dan bimbang tentang laporan bahawa apa yang dipanggil polis penjaga moral Iran telah menyerang” remaja itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >