Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran tahan 28 militan lancar serang balas kematian Mahsa Amini

Sep 25, 2023 | 01:49 PM



TEHRAN: Pihak berkuasa Iran telah menahan 28 orang yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam (IS) kerana merancang untuk menyasarkan serangan ke atas Tehran semasa sambutan sempena ulang tahun protes tahun lalu, kata Kementerian Perisikan pada Ahad.


Bantahan tercetus selepas kematian dalam tahanan pada 16 September 2022 melibatkan Cik Mahsa Amini, seorang keturunan Kurd Iran berusia 22 tahun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan pakaian ketat republik Islam itu terhadap wanita.

“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, semasa beberapa siri operasi serentak di wilayah Tehran, Alborz dan Azerbaijan Barat, beberapa pangkalan pengganas dan rumah pasukan mereka telah diserang, dan 28 anggota rangkaian pengganas tersebut telah ditangkap,” kata kementerian itu dalam laman webnya.

“Unsur-unsur ini bergabung dengan kumpulan jenayah profesional Daesh (militan Negara Islam) dan sebahagian daripada mereka mempunyai sejarah mengiringi ‘takfiri’ di Syria, aktif di Afghanistan, Pakistan dan wilayah Kurdistan di Iraq,” tambahnya.

Di Iran yang dikuasai Syiah, istilah “takfiri” secara amnya merujuk kepada jihad atau penyokong Islam Sunni yang radikal.

Kementerian Perisikan berkata bahawa dua anggota keselamatan cedera semasa operasi dijalankan dan sejumlah bom, senjata api, jaket berani mati dan alat komunikasi telah dirampas.

Kementerian itu selanjutnya menyatakan bahawa ia telah meneutralkan rancangan untuk “melakukan 30 letupan serentak di pusat-pusat berpenduduk padat di Tehran untuk menjejaskan keselamatan, menghasut rusuhan dan protes pada ulang tahun rusuhan tahun lalu.”

Demonstrasi selama berbulan-bulan itu menyaksikan ratusan orang terbunuh, termasuk berpuluh-puluh anggota keselamatan, dalam apa yang disebut Tehran sebagai “rusuhan” yang dicetuskan oleh pemerintah asing dan “media yang bermusuhan.”

Pada Khamis, mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota IS Tajik yang didapati bersalah atas serangan bersenjata ke atas sebuah rumah ibadah Syiah pada Ogos.

Serangan ke atas makam Shah Cheragh di Shiraz, ibu kota wilayah Fars di selatan, berlaku kurang setahun selepas tembakan beramai-ramai di tapak sama yang kemudiannya didakwa dilakukan oleh kumpulan IS.

Pada November tahun lalu, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 10 cedera apabila penyerang menembak penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di wilayah Khuzestan, barat daya Iran.

Agensi berita negara Irna melaporkan, penyerang yang tiba dengan dua motosikal di pasar utama di bandar Izeh menggayakan aksi seperti pengganas bersenjata dan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di sana. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >