Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iraq adakan pilihan raya wilayah pertama dalam sedekad

Dec 18, 2023 | 04:34 PM



BAGHDAD: Pengundian bermula di Iraq pada 18 Disember, dalam pilihan raya pertama untuk majlis wilayah dalam sedekad, dengan pakatan Islam Syiah yang memerintah, berkemungkinan meluaskan cengkamannya ke atas kuasa di tengah-tengah boikot oleh ulama populis, Encik Moqtada al-Sadr, saingan politik utamanya.


Pilihan raya itu menetapkan peringkat untuk pilihan raya Parlimen, yang dijadualkan pada 2025.

Ia akan menentukan keseimbangan kuasa di negara di mana kumpulan yang mempunyai hubungan dengan Iran, telah meraih keuntungan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pilihan raya tempatan kali terakhir diadakan pada 2013. Ia ditangguhkan sejak itu, kerana perang menentang militan IS, yang mengambil alih sebahagian besar Iraq, tetapi akhirnya ditewaskan.

Saingan Syiah terhadap Encik Sadr, yang menghalang usahanya membentuk pemerintah – selepas beliau muncul sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Parlimen 2021 – berkemungkinan akan menguasai kebanyakan majlis tempatan.

Ini terutamanya melibatkan wilayah selatan yang kebanyakannya pengikut Syiah.

Ia akan mengukuhkan lagi kuasa perikatan Syiah yang memerintah, yang rapat dengan Iran.

Dikenali sebagai Rangka Kerja Penyelarasan, ia memperdalam kuasa mereka melalui akses kepada kekayaan minyak negara, yang boleh dibelanjakan untuk projek dan perkhidmatan tempatan.

Perikatan itu sudah membentuk blok tunggal terbesar di Parlimen, selepas ahli parti Encik Sadr berundur.

Pengundian diadakan di 15 daripada 18 wilayah Iraq, untuk memilih 285 ahli majlis, yang tugasnya termasuk melantik gabenor wilayah yang berkuasa dan menyelia pentadbiran tempatan.

Pilihan raya di wilayah Kudisan, separa autonomi Iraq, yang merangkumi tiga wilayah, dijangka berlangsung pada 2024. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >