Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri: Ramai pengundi muda tak sedar sudah didaftar sebagai pengundi

Oct 25, 2022 | 07:03 AM



LABUAN: Ramai pengundi muda berumur 18 tahun ke atas tidak menyedari mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



"Ramai pengundi muda tidak tahu bahawa nama mereka telah disenaraikan dalam daftar pemilih. Sekarang, apabila mereka mencecah 18 tahun, mereka secara automatik menjadi pengundi. Ada yang tidak tahu perkara ini.



"Ada ketika saya bertemu pengundi muda, terutama pelajar, dan mereka tidak tahu mereka sudah berada dalam daftar pemilih," kata beliau, lapor akhbar News Straits Times.



Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno, berkata jentera pilihan raya parti Barisan Nasional mesti mendekati golongan muda dan menjelaskan perkara itu kepada mereka.



"Jentera BN perlu mendekati pengundi muda di kawasan mereka dan memastikan mereka keluar mengundi pada hari pengundian bulan depan.



"Jika tidak, mereka mungkin tidak tahu dan mungkin tidak keluar mengundi. Sebab itu kita perlu maklumkan kepada mereka," katanya sambil menambah ini adalah tugas jentera BN, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di dewan konvensyen Kompleks Ujana Kewangan, semalam.



Mengenai dakwaan mengenai peningkatan drastik pengundi di Sabah, Ismail Sabri meminta SPR menjalankan siasatan terhadap kesahihan pengundi tambahan itu, sambil menambah peningkatan itu nampaknya tidak melibatkan pengundi muda.



"Jika mereka pengundi muda, ia masuk akal. Dalam kes ini, SPR perlu menyiasat. Jika ada kebimbangan, kita serahkan kepada suruhanjaya untuk mengambil tindakan."



Pada 20 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri akan mendapatkan maklumat lanjut daripada SPR Sabah mengenai jumlah keseluruhan pemilih berdaftar di negeri itu yang dikatakan meningkat secara drastik.



Beliau berkata kebimbangan daripada beberapa pihak telah disampaikan kepada suruhanjaya itu dan kerajaan negeri telah meminta maklumat lanjut berhubung perkara itu.



Presiden Parti Progresif Sabah Datuk Yong Teck Lee dilaporkan berkata beliau mendapati peningkatan jumlah pengundi di Sabah untuk Pilihan Raya Umum ke-15 mengejutkan. Beliau mendakwa terdapat peningkatan 53.9 peratus pengundi baharu, daripada 1.1 juta pengundi pada 2018 kepada kira-kira 1.7 juta tahun ini.




GESA JENTERA BN DEKATI PENGUNDI MUDA



"Ramai pengundi muda tidak tahu bahawa nama mereka telah disenaraikan dalam daftar pemilih. Sekarang, apabila mereka mencecah 18 tahun, mereka secara automatik menjadi pengundi. Ada yang tidak tahu perkara ini.

Ada ketika saya bertemu pengundi muda, terutama pelajar, dan mereka tidak tahu mereka sudah berada dalam daftar pemilih.

Jentera BN perlu mendekati pengundi muda di kawasan mereka dan memastikan mereka keluar mengundi pada hari pengundian bulan depan.

Jika tidak, mereka mungkin tidak tahu dan mungkin tidak keluar mengundi. Sebab itu kita perlu maklumkan kepada mereka."

- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >