Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ismail Sabri: Tuduhan ekonomi negara gagal dipulih tidak berasas

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



BERA: Tuduhan mengatakan kerajaan gagal memulihkan ekonomi negara adalah tuduhan tidak berasas sedangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini meningkat 14.2 peratus berbanding lima peratus dan 8.9 peratus masing-masing pada suku pertama dan kedua.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kadar pengangguran juga menunjukkan trend penurunan iaitu 3.6 peratus pada September lalu berbanding 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.



"Saya hendak buktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang mengatakan kerajaan gagal memulihkan ekonomi dan sebagainya adalah tuduhan yang tidak berfakta sedangkan kita membuktikan berlaku peningkatan yang mendadak dalam KDNK negara.



"Malah, pengangguran satu perkara dimomokkan seolah-olah rakyat tiada pekerjaan jadi angka-angka membuktikan kerajaan berjaya menurunkan kadar pengangguran," katanya dalam sidang akhbar pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Bongkok kelmarin.



Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pertumbuhan KDNK Malaysia adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara, sekali gus membuktikan usaha peningkatan ekonomi dilakukan kerajaan adalah tepat.



Jelasnya, jika dibandingkan kadar KDNK bagi suku ketiga Singapura adalah 4.4 peratus, Indonesia (5.72 peratus), Filipina (7.6 peratus), Vietnam (13.67 peratus) dan China 3.9 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >