Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ismail Sabri: 'Yang penting, kita mesti menang, mampu kuasai kerajaan kembali...'

PM M'sia ulangi pendirian, janji bincang segera dengan 'Top Five' Umno berhubung tarikh pembubaran Parlimen
Sep 19, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan 'Top Five' Umno berhubung tarikh pembubaran Parlimen.



Beliau berkata, berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, beliau akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan 'Top Five'.



'Top Five' Umno merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti yang terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri sendiri.



"Insya-Allah dalam waktu terdekat kita berjumpa dan berbincang. Apa yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya, kita mesti menang dan mampu menguasai kerajaan kembali," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa di sini, lewat malam kelmarin.



"Hari ini di sini kelima-lima 'Top Five' Umno ada, maka kita akan bincang dalam tempoh terdekat pembubaran Parlimen ini.



"Kita sudah hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), percayalah sikit masa lagi. Saya mendengar dengan jelas (gesaan pembubaran).''



Datuk Seri Ismail Sabri, berkata sokongan dan semangat ahli BN terhadap parti akan memudahkan 'Top Five' menentukan tarikh pembubaran Parlimen.



"Jelas kita lihat hari ini Pemuda BN bangkit semula dan saya percaya tiada sesiapa yang dapat menyekat kebangkitan ini menuju pilihan raya.



"Kalau semangat sebegini, maka lebih mudah nak menentukan tarikh... kalau sokongan macam ini," katanya.



Beliau turut mengingatkan Pemuda Umno 'peperangan' pilihan raya kali ini berbeza dengan pilihan raya terdahulu.



"Peperangan kali ini tidak sama dengan peperangan seperti dulu, kita tidak lagi menggempur seperti dulu dan tidak mahu Pemuda hanya memasang bendera dan poster kerana peranan mereka lebih daripada itu," katanya.



Pemuda BN, kata beliau, tidak lagi tertumpu kepada perang menggunakan 'senjata fizikal', tetapi kini menumpukan kepada senjata maya.



"Perang maya lebih bahaya daripada fizikal, maka Pemuda perlu menguasai peperangan maya ini," katanya.



Menurutnya, paling penting adalah kemenangan BN pada PRU15 kerana tanpanya, parti boleh mengulangi situasi PRU14 di mana tewas di tangan parti pembangkang.



"Kelemahan PRU14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya.



"Kita turut menyaksikan pertambahan pengundi muda. Tetapi, sejauh mana engagement kita dengan mereka? Berapa ramai kita jumpa pelajar tingkatan enam? Berapa ramai kita pelajar universiti," soalnya.



Datuk Seri Ismail Sabri menambah, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk golongan muda dan Pemuda BN harus menerangkan perkara itu khususnya dalam media sosial.



"Jelas di mata saya Pemuda BN telah bangkit semula. Saya percaya tiada sesiapa boleh menyekat kebangkitan Pemuda.



"Saya yakin kalau kita bersetuju untuk bubar Parlimen, kita BN insya-Allah menang PRU15," katanya.



Beliau berkata, Pemuda perlu mendekati pengundi muda kerana pertambahan golongan itu meningkat mendadak daripada 14.9 juta kepada 22.7 juta untuk PRU-15.



"Pengundi muda berusia 21 tahun ke bawah meningkat kepada 4 juta orang, maka golongan ini perlu didekati di sekolah dan di universiti," katanya.



Datuk Seri Mohamad, berkata tahap kesiapsiagaan jentera BN kini berada dalam keadaan yang amat baik dan sudah bersiap sedia sekiranya PRU15 diadakan pada bila-bila masa. - Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >