Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Israel akan hilang sokongan global: Biden

Dec 13, 2023 | 1:48 PM
ANGKARA PENGEBOMAN: Banyak bangunan menyembah bumi termasuk di Khan Younis, selatan Gaza, akibat pengeboman berterusan tentera Israel sejak perang bermula pada 7 Oktober.
ANGKARA PENGEBOMAN: Banyak bangunan menyembah bumi termasuk di Khan Younis, selatan Gaza, akibat pengeboman berterusan tentera Israel sejak perang bermula pada 7 Oktober. - – Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata bahawa Israel kehilangan sokongan global ekoran pengeboman “secara sewenang-wenangnya” ke atas Gaza.

Beliau juga menyeru Encik Benjamin Netanyahu supaya berubah, mencerminkan keretakan baru dalam hubungan dengan perdana menteri Israel itu.

Kenyataan Encik Biden, yang dibuat pada 12 Disember kepada penderma kempen pemilihan semulanya pada 2024, adalah yang paling kritikal setakat ini mengenai cara Encik Netanyahu mengendalikan perang Israel di Gaza.

Ia amat berbeza daripada pandangan politik beliau terhadap pemimpin Israel itu beberapa hari selepas serangan militan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh lebih 1,200 orang.

“Keselamatan Israel boleh bergantung kepada Amerika, tetapi sekarang ia mempunyai lebih banyak daripada Amerika Syarikat. Ia mempunyai Kesatuan Eropah, ia mempunyai Eropah, ia mempunyai sebahagian besar dunia ... Tetapi mereka mula kehilangan sokongan itu menyusuli pengeboman sembarangan yang mereka lakukan,” kata Presiden Biden.

Tindakan balas Israel terhadap serangan Hamas telah membunuh lebih 18,000 orang, kata pegawai Gaza, mencederakan 50,000 dan mewujudkan krisis kemanusiaan.

Presiden Biden merujuk kepada perbualan peribadi dengan pemimpin Israel itu yang berkata:

“Anda mengebom Jerman, anda menjatuhkan bom atom, ramai orang awam mati.’”

Presiden Biden menjawab dengan berkata:

“Ya, itulah sebabnya semua institusi ini ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk memastikan ia tidak berlaku lagi ... jangan buat kesilapan yang sama yang kita buat pada 9/11. Tidak ada sebab kenapa kita terpaksa berperang di Afghanistan.”

Komen tajam Presiden Biden itu dibuat ketika Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, bersiap untuk pergi ke Israel bagi berbincang dengan Kabinet perang Israel.

Encik Netanyahu berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa Israel telah menerima “sokongan penuh” daripada Amerika atas pencerobohan daratnya di Gaza dan bahawa Washington telah menyekat “tekanan antarabangsa untuk menghentikan perang”.

Tetapi beliau menambah:

“Terdapat perselisihan faham tentang ‘hari selepas Hamas’ dan saya berharap kita akan mencapai persetujuan di sini juga.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg