Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS prihatin dakwaan Israel guna bom fosforus putih ke atas Lebanon

Dec 12, 2023 | 01:44 PM



WASHINGTON: Pentadbiran Encik Joe Biden berkata pada 11 Disember bahawa pihaknya sedang meneliti laporan Amnesty International dan The Washington Post bahawa Israel menggunakan fosforus putih yang dibekalkannya – suatu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby, ketika bercakap dengan pemberita berkata bahawa pentadbiran Encik Biden “sudah tentu prihatin” tentang laporan Israel secara haram menggunakan fosforus putih yang dibekalkan Amerika ke atas sasaran di Lebanon pada Oktober.

“Kami akan meneliti... beri kami sedikit masa lagi,” kata Encik Kirby.

Fosforus putih ialah bahan pembakar bertoksik yang digunakan untuk mencipta cahaya dan skrin asap semasa pertempuran. Menggunakannya tidak menyalahi undang-undang tetapi menggunakannya dengan sengaja terhadap orang awam atau dalam persekitaran awam melanggar undang-undang perang.

Fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan mata dan pernafasan serta kulit boleh melecur yang amat menyakitkan dan kadangkala membawa maut, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia juga boleh memberi kesan kepada sistem kardiovaskular dan saraf pusat yang berpotensi menyebabkan kehilangan kesedaran atau koma.

Tentera Israel pada 11 Disember berkata bahawa ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan menafikan menggunakan serbuk kimia itu secara haram.

Komen Encik Kirby dibuat selepas Washington Post melaporkan dakwaan awal daripada Amnesty International bahawa Israel secara haram mengerahkan penggunaan fosforus putih antara 10 dengan 16 Oktober di kawasan awam di selatan Lebanon, di sepanjang sempadan dengan Israel.


Washington Post berkata, dalam siasatannya sendiri, wartawannya menemui saki-baki bedilan meriam yang dilepaskan ke Dheira, Lebanon, berhampiran sempadan Israel, yang menurut penduduk memusnahkan rumah dan mencederakan orang awam di wilayah itu.


Kelongsong peluru itu sepadan dengan yang digunakan oleh tentera Amerika, tambah akhbar itu, dengan perbualan dengan penduduk di kawasan itu menunjukkan mereka menyasarkan kawasan orang awam.

Penduduk memberitahu bahawa kesan bedilan begitu meluas dan memerangkap penduduk di rumah mereka, dan ada yang mengadu mengalami masalah pernafasan selepas itu.

Encik Kirby berkata fosforus putih boleh digunakan secara sah oleh pihak tentera bagi mewujudkan pencahayaan.

“Apabila kami membekalkan barang-barang seperti fosforus putih kepada tentera lain, kami berharap ia akan digunakan selaras dengan tujuan yang sah dan mengikut undang-undang konflik bersenjata,” tambah beliau.

Sebagai tindak balas kepada tuduhan terkini, tentera Israel berkata ia “hanya menggunakan senjata dan peluru yang sah”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >