Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel berkeras akan ambil keputusan sendiri

Negara Barat rayu Tel Aviv tahan diri daripada tindak balas terhadap serangan Iran demi elak konflik lebih luas Timur Tengah
Apr 18, 2024 | 12:59 PM



TEL AVIV: Israel akan membuat keputusan sendiri tentang cara mempertahankan dirinya, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada 17 April, sedang negara Barat merayu supaya ia menahan diri daripada bertindak balas terhadap serangan Iran.


Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Kumpulan Tujuh (G7) semuanya telah mengumumkan rancangan untuk mempertimbangkan sekatan lebih ketat ke atas Iran, yang dilihat bertujuan melemahkan rancangan Israel dan memujuknya supaya mengekang tindakan balasnya.

G7 terdiri daripada Amerika, Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun dan Britain.

Iran melancar peluru berpandu dan dron ke atas Israel secara langsung buat kali pertama pada 13 April bagi membalas tindakan Tel Aviv menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria, pada 1 April, yang antara lain membunuh tiga pegawai tentera kanannya.

Israel dan sekutunya menembak jatuh kebanyakan peluru berpandu dan dron itu, dan tiada kematian dilaporkan.

Encik Netanyahu bertemu Menteri Luar Jerman, Cik Annalena Baerbock, dan Menteri Luar Britaian, Encik David Cameron, yang berkunjung ke Israel sebagai sebahagian daripada usaha mengelakkan konfrontasi langsung antara Israel dan Iran daripada meningkat kepada konflik serantau.

Pejabat Encik Netanyahu berkata beliau berterima kasih atas sokongan mereka, sambil menambah bahawa beliau berkata: “Saya mahu menjelaskan bahawa kami akan membuat keputusan sendiri, dan Israel akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.”

Para diplomat sedang mencari jalan untuk mengelak pertempuran langsung antara Israel dan Iran.

Jordan terus menggesa Israel supaya menahan diri dan memberi amaran tentang bahaya perang yang boleh “menghancurkan” rantau itu.

“Risikonya sangat besar. Ini boleh mengheret seluruh rantau ini ke dalam peperangan, yang akan memusnahkan kita di rantau ini dan kita akan berdepan implikasi yang sangat serius di seluruh dunia, termasuk Amerika,” kata Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi.

Washington berkata ia merancang mengenakan sekatan baru yang menyasarkan program peluru berpandu dan dron Iran dalam beberapa hari akan datang dan menjangka sekutunya akan menyusulinya.

Pemimpin EU dijangka membincangkan sekatan dalam satu sidang puncak di Brussels. Begitu juga dengan mesyuarat menteri luar negara G7 di Italy.

Sejak perang meletus di Gaza pada 7 Oktober, pertempuran telah meletus antara Israel dan kumpulan bersekutu Iran yang berpangkalan di Lebanon, Syria, Yaman dan Iraq.

Kumpulan Hezbollah berkata pada 17 April bahawa ia telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke atas sebuah kemudahan tentera di utara Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel yang mengorbankan anggotanya.

Israel berkata insiden itu menyebabkan 14 askarnya cedera. Tentera Israel berkata enam daripada mereka dalam keadaan serius ekoran beberapa peluru berpandu antikereta kebal dan dron yang dilancarkan dari Lebanon ke arah perkampungan Badwi Arab al-Aramshe.

Laman berita Ynet Israel berkata tentera berada di pusat masyarakat di kampung itu ketika kejadian tersebut.


Pada 16 April, serangan Israel di selatan Lebanon membunuh tiga orang, termasuk seorang komander Hezbullah, kata sumber keselamatan Lebanon. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >