Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel timbang tindakan dan risiko serang balas terhadap Iran

Apr 17, 2024 | 11:57 AM



TEL AVIV: Pemimpin Israel sedang membahaskan cara terbaik untuk bertindak balas terhadap serangan udara Iran pada 13 April.


Setiap satu set pilihan diharapkan dapat mencapai hasil strategik yang berbeza iaitu menghalang serangan serupa pada masa depan, menenangkan sekutu mereka dan mengelakkan perang besar-besaran.

Serangan Iran ke atas Israel dengan ratusan peluru berpandu balistik dan dron telah mengubah peraturan yang tidak dinyatakan dalam perang bayangan dua musuh lama itu.

Dalam konflik itu, serangan udara dari wilayah sebuah negara secara langsung terhadap negara lain telah dielakkan.

Memandangkan perubahan tersebut, langkah Israel seterusnya juga telah berubah, kata pegawai Israel yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Kami tidak boleh berdiam diri daripada pencerobohan seperti ini dan mereka tidak akan terlepas bebas selepas melakukannya,” kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, pada 16 April.

Ketika Kabinet perang Israel bermesyuarat untuk mempertimbangkan tindak balas ketenteraan.

Negara lain pula mengenakan tekanan diplomatik terhadap Israel dan Iran dengan harapan dapat mengurangkan konflik.

Hampir semua peluru berpandu dan dron dalam serangan Iran pada awal 14 April telah dipintas oleh Israel dan sekutunya, termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Serangan itu, kata Iran, adalah tindak balas terhadap serangan udara Israel pada 1 April di konsulatnya di Damsyaik, Syria.

Beberapa komander angkatan tentera terbunuh dalam serangan itu.

Iran, yang memberi isyarat bahawa ia melihat serangan itu sebagai pemecahan norma perang bayangan Israel, berasa terdorong bertindak balas dengan kuat, kata penganalisis, untuk tujuan pencegahan dan mengekalkan kredibiliti dengan proksi dan negara penyokongnya.

Beberapa pegawai berkata Israel tidak mahu dan tidak mampu terlibat dalam konflik besar dengan Iran ketika masih berperang di Gaza dan bertempur dengan proksi Iran di sepanjang sempadannya.

Mereka berkata anggota Kabinet perang Israel sedang mempertimbangkan pilihan untuk menghantar mesej jelas kepada Iran tetapi serangan tidak begitu besar sehingga mencetuskan peningkatan konflik.

Para pegawai menerangkan pilihan berikut:

– Lakukan serangan agresif ke atas sasaran Iran seperti pangkalan Kor Pengawal Revolusi Islam, di negara selain Iran seperti Syria.

– Serang sasaran yang kebanyakannya simbolik di dalam Iran. Langkah sedemikian mungkin memerlukan rundingan dengan Amerika dan akan berisiko menimbulkan kemarahan rakyat Amerika yang telah menasihati agar tidak melakukan serangan sedemikian.

– Lakukan serangan siber ke atas prasarana Iran tetapi boleh mendedahkan keupayaan siber Israel lebih awal. Mempercepatkan serangan kecil di dalam Iran, termasuk pembunuhan yang disasarkan.

– Pilihan Israel yang lain termasuk tidak melakukan apa-apa – satu langkah yang bertujuan untuk memanfaatkan pakatan antarabangsa dan serantau atau menggunakan pendekatan yang lebih diplomatik, termasuk memboikot Iran oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >