Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Israel bincang secara maya mengenai Rafah

Apr 01, 2024 | 01:57 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel dijangka mengadakan mesyuarat secara maya pada 1 April untuk membincangkan cadangan alternatif pentadbiran Encik Joe Biden terhadap pencerobohan tentera Israel ke atas Rafah, lapor Axios pada 31 Mac, memetik tiga pegawai Israel dan Amerika.


Pada asalnya dijadualkan minggu lalu, tetapi pertemuan itu telah menjadi punca perbalahan antara Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dengan Presiden Biden.

Susulan keputusan Amerika untuk tidak memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata di Gaza, Encik Netanyahu membatalkan mesyuarat itu sebagai tanda protes.

Pentadbiran Encik Biden menyuarakan kebimbangan bahawa pencerobohan ke atas Rafah, yang menempatkan lebih 1 juta penduduk Palestin yang mencari perlindungan, boleh mengakibatkan banyak korban jiwa dan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Berulang kali, penasihat terdekat Encik Netanyahu, Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Encik Ron Dermer, menggesa beliau dalam beberapa hari kebelakangan supaya menghantar delegasi ke Washington untuk mengurangkan ketegangan yang semakin meningkat dengan Encik Biden, kata Axios.

Laman web itu memetik pegawai kanan Israel sebagai mencadangkan mesyuarat maya itu membolehkan Encik Netanyahu terlibat dalam perbincangan dengan Rumah Putih mengenai Rafah tanpa menghantar delegasi ke Amerika.

Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, akan mengetuai pihak Amerika dalam mesyuarat itu, yang akan menyaksikan penyertaan wakil daripada Pentagon, Jabatan Negara dan agensi perisikan Amerika.

Encik Dermer dan penasihat keselamatan negara Encik Netanyahu, Encik Tzachi Hanegbi, dijangka mengetuai delegasi Israel, dengan pegawai kanan keselamatan dan perisikan Israel turut mengambil bahagian.

Seorang pegawai kanan Israel memberitahu Axios bahawa pertemuan kedua, secara peribadi, dijadualkan berlangsung minggu depan.

Encik Netanyahu berkata dalam sidang akhbar pada 31 Mac bahawa beliau telah meluluskan rancangan operasi tentera Israel untuk Rafah. Ia menandakan kali keempat dalam dua bulan lalu bahawa beliau telah mengumumkan meluluskan rancangan itu.

“Ini akan mengambil masa tetapi ia akan dilakukan. Kami akan memasuki Rafah dan kami akan menghapuskan batalion Hamas di sana atas satu sebab mudah: Tiada kemenangan tanpa memasuki Rafah dan tiada kemenangan tanpa menghapuskan batalion Hamas di sana,” tambahnya.

Encik Netanyahu juga mengulangi bahawa beliau masih belum membenarkan pemergian delegasi Israel ke Washington untuk menangani pencerobohan Rafah, sambil menambah bahawa Israel “akan mencari jalan untuk membincangkan perkara ini” dengan pentadbiran Encik Biden. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >